Memoirs of a Murderer | |
---|---|
Jepun | 22年目の告白-私が殺人犯です- |
Pengarah | Yū Irie |
Penulis | Byung-gil Jung Kenya Hirata Jung Byung-gil |
Lakon layar | Yū Irie Tetsuya Oishi |
Dihasilkan oleh | Naoaki Kitajima Masaki Koide |
Dibintangi | Tatsuya Fujiwara Hideaki Itō |
Sinematografi | Takahiro Imai |
Muzik oleh | Masaru Yokoyama |
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures Japan |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 118 minit |
Negara | Jepun |
Bahasa | Jepun |
Pecah panggung | $20.21 juta[1] |
Memoirs of a Murderer (22年目の告白-私が殺人犯です- , 22 nenme no Kokuhaku: Watashi ga Satsujinhan desu), juga dikenali sebagai Confession of Murder,[1] ialah sebuah filem debaran detektif Jepun 2017 yang merupakan pembuatan semula filem Korea Selatan 2012 bertajuk Confession of Murder. Filem ini diarahkan oleh Yū Irie dan membintangi Tatsuya Fujiwara sebagai Sonezaki dan Hideaki Itō sebagai Ko Makimura.[2][3][4][5][6]
Pada 1995, lima pembunuhan misteri berlaku. Pada 2017, seorang lelaki bernama Masato Sonezaki membuat pengakuan kepada umum bahawa dia adalah pembunuh, tetapi polis tidak dapat menahannya kerana kelemahan undang-undang. Sonezaki menerbitkan buku dan menjadi seorang selebriti. Kemudian, seorang lelaki lain mendakwa sebagai pembunuh sebenar. Tetapi kemudian terbongkar bahawa kedua-duanya merupakan penipuan. Sonezaki mengaku bahawa dia mahu menangkap pembunuh sebenar manakala lelaki lain mahukan kejayaan kewangan. Sonezaki didedahkan sebagai Takumi Onodera, yang tunangnya dibunuh oleh pembunuh itu. Kemudian, Sonezaki mengetahui tempat persembunyian pembunuh sebenar dan cuba membunuhnya. Detektif Ko Takimura datang dan menghalang Sonezaki. Pembunuh kemudian dibawa ke tahanan polis.
Dalam adegan pasca kredit, seorang lelaki cuba membunuh pembunuh untuk membalas dendam ibunya.