Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Melaka, Melaka, Malaysia.

Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan.

Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.[1] Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ admin (2023-08-22). "Memori negara merdeka". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 2024-04-22.