Merbau ipil | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Fabales |
Keluarga: | Fabaceae |
Genus: | Intsia |
Spesies: | I. bijuga
|
Nama binomial | |
Intsia bijuga |
Pokok merbau ipil, merbau pantai atau ipil (Swk., Bru.) adalah pokok tropika yang hidup di paya bakau Asia Tenggara serta pulau-pulau di Lautan Pasifik. Pokok ini yang merupakan pokok rasmi Guam, sebuah wilayah Amerika Syarikat, ialah anggota keluarga serumpun johar (Caesalpiniaceae)[1] . Nama botaninya Intsia bijuga (Colebr.) O.K. [2]
Pokok Merbau Ipil tumbuh sehingga sekitar 50 meter (160 kaki) tingginya dan memiliki banyak akar banir pada kaki batang pokoknya. Kayu merbau kekadangnya mengandungi bintik "emas" di sepanjang ira kayu dan menyebabkannya kelihatan amat menarik. Banyak kayu ini telah dibeli untuk persediaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.
Pohon berbanir bahagian bawahnya, tinggi dapat mencapai 45 meter, diameter 150 – 180 cm.[1] Daun majemuk, terdiri atas 4 - 6 anak daun, berbentuk bundar atau bundar telur.[1] Perbungaan berbentuk malai, bunga berwarna putih dan harum baunya.[1] Buah berbentuk polong, setiap polong mengandungi 3 - 8 biji.[1] Tumbuh pada tanah berpasir atau berbatu, dekat pantai, dalam hutan payau atau di tepi sungai dan di hutan primer sampai pada ketinggian 50 meter di atas permukaan laut.[1]
Penyebaran jenis ini meliputi kawasan Malaysia, Kepulauan Caroline dan Fiji.[3] Di Indonesia jenis ini dijumpai hampir di semua pulau Sumatera, Kalimantan, Jawa, Timor, Sulawesi, Maluku dan Irian.[3] Disebabkan oleh pembalakan yang giat, Pokok Merbau Ipil merupakan spesies terancam di banyak negara di Asia Tenggara, dan hampir pupus di banyak negara yang lain. Kedua-dua pengilang, baik berlesen mahupun tidak, beroleh kayunya.
Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu, amat dihargai sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Ia dijual dalam pasaran Amerika Syarikat dan Eropah di bawah nama-nama yang berbeza. Kayu merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup, dengan kulit dan daunnya juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.Kayunya mempunyai kelas kekuatan I - II, kelas keawetan I - II dan berat jenis 0.84.[1] Merbau pantai dimanfaatkan sebagai bahan bangunan, alat-alat rumah tangga, papan, bantalan, tiang elektrik, tiang telefon, dan jambatan.[1]
Kulit kayunya kaya tanin dan digunakan sebagai pewarna kain dan kertas.[1] Berkembang biak dengan biji dan stek batang.[1]
|publisher=
(bantuan)[pautan mati kekal]
*Laman sesawang Wild Singapore