Mercari, Inc. | |
---|---|
![]() Logo di Amerika Syarikat sejak 2018 | |
![]() | |
Maklumat umum | |
URL | mercari |
Jenis perniagaan | Public |
Jenis | Perniagaan ![]() |
Didagangkan sebagai | TYO: 4385 |
Ditubuhkan | 1r Februari 2013 ![]() |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pengasas | Shintaro Yamada (en) ![]() ![]() |
Orang penting | |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | E-commerce |
Dilancarkan pada | 1 Februari 2013 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Tokyo ![]() ![]() |
Anugerah | |
– Google Play Japan Best App Award (en) ![]() ![]() | |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Mercari, Inc. ( TYO: 4385 ) adalah sebuah syarikat e-dagang dari Jepun yang diasaskan sejak tahun 2013, dengan cawangan di Amerika Syarikat. [1] Produk utama mereka adalah aplikasi pasaran yang bernama Mercari. Applikasi ini dilancarkan di Jepun pada Julai tahun 2013, dan telah berkembang menjadi pasaran yang dijana oleh komuniti terbesar Jepun dengan anggaran transaksi melebihi JPY 10 bilion dilakukan di platform tersebut setiap bulan. [2] [3] Berdasarkan soal selidik pengguna di Jepun, Mercari merupakan aplikasi pasaran komuniti pilihan dengan 94 % pengguna melaporkan aplikasi tersebut. [4]
Mercari telah membuka cawangan di Amerika Syarikat bermula pada tahun 2014 dan United Kingdom pada tahun 2016. [2] [5] Aplikasi Mercari telah dimuat turun melebihi 100 juta kali di seluruh dunia (berdasarkan data pada 16 Disember 2017). Syarikat ini juga merupakan antara syarikat yang pertama di Jepun mencapai status unicorn. [3] [6]
Kouzoh, Inc. (kini Mercari, Inc.) diasaskan oleh Shintaro Yamada, seorang usahawan bersiri Jepun pada Februari 2013. Aplikasi Mercari dilancarkan buat pertama kali untuk peranti iOS dan Android pada Julai tahun yang sama. [7] [8] Dalam tempoh setahun selepas dikeluarkan, Mercari telah menerima lebih daripada sejuta pendaftaran akaun individu di platformnya. [9]
Pada acara pengumpulan dana Mercari Siri D, sebanyak USD 75 juta telah diperoleh oleh syarikat untuk tujuan pengembangan syarikat lanjutan di AS dan UK, menurut Ketua Pegawai Kewangan Kei Nagasawa dalam suatu temu bual pada Mac 2016. [2]
Pada tahun 2014, syarikat Mercari telah membuka pejabat cawangan di San Francisco sebagai persediaan untuk pelancaran aplikasinya di Amerika Syarikat. Aplikasi tersebut dilancarkan pada September pada tahun yang sama. [10] [11] Dalam tempoh enam tahun sejak pelancarannya di AS, aplikasi Mercari telah dimuat turun lebih 40 juta kali dan pernah berjaya menduduki tempat nombor 3 dalam ranking App Store AS. [12] Buat masa ini terdapat lebih kurang 100 orang yang berkerja pejabat Mercari di Palo Alto dan Portland. [13]
Pada Jun 2017, John Lagerling dari pasukan pengurusan Facebook diumumkan akan menyertai Mercari sebagai Ketua Pegawai Perniagaan. [13] Beliau juga telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AS Mercari, Inc. [14]
Pada Januari 2016, Mercari telah membuka pejabat cawangan Eropah yang pertama di London. [5] Pada Disember 2018, Mercari mengumumkan ia akan membubarkan cawangan Eropah sebagai "pengunduran sementara". [15]
Produk utama Mercari adalah aplikasi pasaran Mercari. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna membeli dan menjual barangan dengan pantas melalui telefon pintar mereka. Di Jepun, aplikasi ini terkenal dengan pelbagai kemudahan untuk para pengguna seperti sistem penghantaran yang unik, dimana para pengguna boleh menghantar barangan tanpa nama penghantar dari kedai serbaneka tempatan melalui perjanjian dengan syarikat Yamato Transport dan syarikat Japan Post . Di Amerika Syarikat, Mercari bekerjasama dengan USPS, UPS dan FedEx untuk membenarkan pengguna mencetak label penghantaran, selain membenarkan penjual menggunakan label yang dibeli secara berasingan untuk barang yang lebih besar. [2]
Pejabat Mercari di Tokyo berkongsi dengan syarikat Souzoh, Inc. yang merupakan anak syarikat Mercari yang mengendalikan beberapa aplikasi C2C lain di Jepun. [16]