Mercury Man | |
---|---|
![]() Poster filem Thailand. | |
Pengarah | Bhandit Thongdee |
Dihasilkan oleh | Prachya Pinkaew Sukanya Vongstthapat |
Dibintangi | Wasan Khantaau Metinee Kingpayome Arnon Saisangchan Jinvipa Kheawkunya Parinya Kiatbusaba Darunee Khrittabhunyalai |
Sinematografi | Sittipong Kongtong |
Diedarkan oleh | Sahamongkol Film International |
Negara | Thailand |
Bahasa | Thai Inggeris |
Mercury Man (Thai: มนุษย์เหล็กไหล atau Ma noot lhek lai) ialah sebuah filem adiwira Thailand tahun 2006. Ia diarahkan oleh Bhandit Thongdee dengan seni pertahanan diri diarahkan oleh Panna Rittikrai.
Setelah ditikam dengan sebuah azimat purba, seorang anggota bomba Bangkok bernama Sharn berubah menjadi adiwira apabila badannya menjadi punca haba yang hebat, yang mana berjaya diubahkan untuk menjadi kekuatan luar biasa, kecekapan berganda, dan kebolehan mejangkaui jarak jauh.
Takdir Sharne ialah untuk menghalang seorang pemberontak Afghanistan, Osama bin Ali, yang mahukan kuasa azimat Tibet untuk digunakan bagi menjayakan rancangannya untuk memusnahkan Amerika Syarikat. Bersama organisasi pemberontakan antarabangsanya yang diketuai oleh konconya, Areena, Osama menculik ibu dan kakak transeksual Sharn dan membawa mereka ke pangkalan Tentera Laut DiRaja Thailand, di mana dia berharap untuk melancarkan roket ke sebuah kapal senjadi kimia Tentera Laut Amerika Syarikat. Osama turut mempunyai pengebom berani mati di serata Thailand, dan sedia untuk bertindak atas perintahnya.
Dibantu oleh seorang wanita yang merupakan penjaga azimat tersebut, Sharn menyelamatkan ibu dan kakanya. Bagaimanapun, dia perlu berdepan dengan Areena, yang telah menikam diri sendiri dengan azimat seperjuangan, memberikan dia kuasa kesejukan hebat dan ais.