Mersawa gajah | |
---|---|
![]() | |
Di Bangladesh | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Anisoptera |
Spesies: | A. scaphula
|
Nama binomial | |
Anisoptera scaphula (Roxb.) Pierre
|
Mersawa gajah (Anisoptera scaphula)[2] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Dipterocarpaceae. Ia tempatan di Bangladesh, Semenanjung Malaysia, Laos, Myanmar dan Thailand.[1]
Pokok ini merupakan pokok malar hijau tinggi yang tumbuh sehingga 45 m tinggi dan 135 cm diameter. Batangnya berbentuk silinder dan mempunyai permukaan mengelupas dan berjejalur. Daunnya ringkas dan susunannya berselang-seli. Pokok ini menghasilkan kekacang yang bersayap berukuran 1.6 cm diameter dengan cuping kelopak yang sempit pada bukaan kacangnya.
Mersawa gajah ialah sejenis pokok hutan hujan asli di mana ia juga merupakan salah satu daripada 4,100 pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Ia dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS).[perlu rujukan]
Ia juga antara spesies pokok yang diklasifikasi sebagai terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam (IUCN). Spesies ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.[3]
Kayu pokok ini digunakan untuk permbinaan dan penghasilan perabot.