Michael Odylon "Mikee" Lagman Romero (Tagalog: [ˈmaɪki roˈmɛɾo]; lahir 21 Mac 1972) ialah seorang usahawan, ahli politik dan pemain polo Filipina yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Dewan Perwakilan sejak 2019, kecuali untuk tempoh 12 hari keluar dari jawatan pada Oktober 2020 kerana krisis kepimpinan Dewan Perwakilan.[1] Sebagai usahawan, beliau kini menjadi pengerusi dan presiden Globalport 900, Inc. dan pemilik pasukan bola keranjang NorthPort Batang Pier dalam Persatuan Bola Keranjang Filipina (PBA).[2][1] Pada Disember 2018, kekyaaan bersihnya dianggarkan berjumlah ₱ 7.858 bilion.
Beliau dan isterinya Sheila mengumpul seni halus Filipina dan Asia Tenggara yang jarang dijumpai.[3]