Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli DCSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15 | |
Dalam jawatan 20 Mac 2023 – 19 Mac 2026 | |
Penggal | Pertama |
Naib Presiden AMANAH (Lantikan) | |
Memegang jawatan 2023 Berkhidmat dengan Dzulkefly Ahmad, Siti Mariah Mahmud, Adly Zahari dan Mahfuz Omar | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P74 Lumut, Perak | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohamad Imran Abd Hamid |
Digantikan oleh | Nordin Ahmad Ismail |
Majoriti | 400 |
Setiausaha Agung AMANAH | |
Dalam jawatan 11 Disember 2019 – 11 Disember 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Anuar Mohd Tahir |
Digantikan oleh | Muhammad Faiz Fadzil |
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | Mohd Redzuan Md Yusof |
Didahului oleh | Saifuddin Abdullah |
Digantikan oleh | Mas Ermieyati Samsudin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sitiawan, Perak | 11 September 1956
Parti politik | PH-AMANAH |
Pasangan | Datin Wira Dr. Kalsom Maskon[1] |
Anak-anak | 7 orang |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Nasional Singapura |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Doktor Perubatan |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | Laman Blogspot Dr. Hatta |
YB Senator Datuk Wira[2] Dr. Mohd Hatta Md. Ramli adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ahli Parlimen Lumut, Perak dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan (2008-2018). Beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional. Beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.
Menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian belajar jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura.
Beliau dilahirkan pada 11 September 1956 di Sitiawan, negeri Perak. Beliau adalah anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Ibunya Arga’ayah Mat Rawi.
Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan 7 orang anak.
Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Lumut | Mohd Hatta Ramli | PH (AMANAH) | 20,358 | Nordin Ahmad Ismail | PN (BERSATU) | 25,212 | 363 |
Zambry Abdul Kadir | BN (UMNO) | 24,849 | ||||||
Mazlan Abd Ghani | GTA (PEJUANG) | 385 | ||||||
Isnin | WARISAN | 358 | ||||||
2018 | Mohd Hatta Ramli | PH (AMANAH) | 21,955 | Zambry Abdul Kadir | BN (UMNO) | 21,555 | 400 | |
Zamri Ibrahim | PAS | 10,135 | ||||||
2013 | Kuala Krai | Mohd Hatta Ramli | PAS | 27,919 | Tuan Aziz Tuan Mat | BN (UMNO) | 25,876 | 2,043 |
2008 | Mohd Hatta Ramli | PAS | 23,562 | Che Musa | BN (UMNO) | 18,578 | 4,984 | |
2004 | Gombak | Mohd Hatta Ramli | PAS | 26,663 | Rahman Ismail | BN (UMNO) | 39,870 | 13,207 |
1999 | Mohd Hatta Ramli | PAS | 27,310 | Zaleha Ismail | BN (UMNO) | 28,113 | 803 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Taman Templer | Mohd Hatta Ramli | PAS | 8,911 | Ahmad Bhari Abdul Rahman | BN (UMNO) | 16,536 | 7,625 |