Mohd Shafie Ngah | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Sungai Ramal | |
Memegang jawatan Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Mazwan Johar |
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 24 November 2014 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Khairuddin Othman |
Kawasan pilihan raya | Bangi |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Bangi | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Shafie Abu Bakar (PAS) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sekinchan, Selangor | 21 Ogos 1966
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak-anak | 5 (4 lelaki 1 perempuan) |
Profesion | Peguam |
Laman web rasmi | Shafie Ngah |
Mohd Shafie Ngah (lahir 21 Ogos 1966) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Di Peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.
Pensyarah UiTM Shah Alam (1990 - 1992)
Pensyarah sambilan Universiti Malaya (1992 - 1994)
Peguam Syarie (1995 - 2013)
Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding buat kali pertama pada pilihan raya umum Ke-13 di Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi.
YB Ustaz Hj. Mohd Shafie telah berjaya menewaskan calon dari Parti UMNO, Barisan Nasional, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria iaitu rakan sekelasnya di Universiti Malaya dahulu [1] yang juga seorang Peguam Syarie dengan majoriti 11,838 undi.
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N26 Bangi | Mohd Shafie Ngah | PAS | 29,200 | Zaidi Zakaria | BN (UMNO) | 17,362 | 11,838 |
2018 | P102 Bangi | Mohd Shafie Ngah | PAS | 33,789 | Ong Kian Ming | PH (DAP) | 102,557 | 68,768 |
Liew Yuen Keong | BN (MCA) | 19,766 | ||||||
Dennis Wan Jinn Woei | PRM | 215 | ||||||
2023 | N26 Sungai Ramal | Mohd Shafie Ngah | PN (PAS) | Mazwan Johar | PH (Amanah) |
Facebook:
Laman web:
Berita: