Monooksigenase | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||||
Simbol | FAD_binding_3 | ||||||||
Pfam | PF01494 | ||||||||
InterPro | IPR002938 | ||||||||
SCOP | 2phh | ||||||||
SUPERFAMILY | 2phh | ||||||||
|
Monooksigenase ialah enzim yang memasukkan satu kumpulan hidroksi (−OH) terhadap substrat dalam laluan-laluan metabolisme. Dalam tindak balas ini, dua atom dioksigen diturunkan menjadi satu kumpulan hidroksil dan satu molekul H2O oleh pengoksidaan serentak NAD(P)H.[2][3] Mereka dikelaskan sebagai enzim oksidoreduktase yang memangkinkan pemindahan elektron.
Satu subset penting ialah sitokrom P450 omega hidroksilase yang digunakan sel untuk memetabolismekan asid arakidonik (asid eikosatetraenoik) menjadi molekul pengisyaratan sel, asid 20-hidroksieikosatetraenoik atkk menurunkan atau menyahaktifkan molekul pengisyaratan, seperti penghidroksilan leukotriena B4 menjadi 20-hidroksi-leukotriena B5, asid 5-hidroksieikosatetraenoik menjadi asid 5,20-dihidroksieikosatetraenoik, asid 5-okso-eikosatetraenoik menjadi asid 5-okso-20-hidroksieikosatetraenoik, asid 12-hidroksieikosatetraenoik menjadi asid 12,20-dihidroksieikosatetraenoik, dan asid epoksieikosatrienoik menjadi asid 20-hidroksi-epoksieikosatrienoik.
Protein manusia dengan domain ini termasuk COQ6, CYP450, MICAL1, MICAL2, MICAL2PV1, MICAL2PV2 dan MICAL3.