Pengilang | Motorola |
---|---|
Ketersediaan mengikut rantau | Julai 2007 (V8)
September 2007 (V9) Jun 2007 (V9m) |
Penjadi rupa | Telefon lipat |
Ukuran | 103 mm× 53 mm × 11.9 mm (V8, V9m) 103 mm × 53 mm × 13.3 mm (V9) |
Ingatan | Sehingga 2 GB |
Bateri | Bateri jenis Li-ion (3 – 5 jam) |
Paparan | LCD 2.2" (QVGA 320 × 240) warna 262k (V8, V9) atau 64k (V9m) |
Paparan luar | LCD 2.0" (QVGA 320 × 240) warna 262k (sensitif sentuhan) |
Kamera belakang | 2.0 megapiksel |
Ketersambungan | Bluetooth Class 2 version 2.0, micro-USB hi-speed |
Masukan data | Pad kekunci |
Motorola RAZR 2 adalah telefon bimbit susulan kepada RAZR dari Motorola. Ia mempunyai dua versi, V8 dan V9.
Meskipun diserlahkan pada telefon bimbit ini, teknologi seperti CrystalTal (panggilan lebih berada di suasana bising) ciptaan khas Motorola, sokongannya terhadap empat gelombang utama rangkaian telekomunikasi dan pelayar HTML masih menjadi kekuatan model ini.
Ditambah pula kamera beresolusi 2.0 megapiksel dan boleh zum sehingga lapan kali serta merakam video sehingga dua jam untuk menjadikannya sebagai taruhan Motorola. Telefon bimbit memudahkan pelayaran laman web ini memiliki skrin luar bersaiz 2.0 inci manakala skrin dalamnya sebesar 2.2 inci memiliki resolusi dua kali lebih berbanding yang asal.
Pemindahan maklumat termasuk gambar atau video mudah dilakukan kerana ia diperkuatkan pelabuh USB 2.0 dengan kelengkapan Windows Media Player 11 membenarkan capaian kepada 200 kedai muzik atas talian seperti MTV Urge, Yahoo dan Napster.
Motorazr2 V8 Edisi Mewah diselaputi emas 18 (kekunci navigasi) dan 24 karat (medalion) dan diperkemas sentuhan seakan kulit ular pada bahagian belakang serta logonya.