Muhammad: The Last Prophet (Melayu: Muhammad: Nabi Terakhir ) adalah sebuah filem animasi yang dikeluarkan oleh Badr International dan diarah oleh Richard Rich. Wayang ini ditayangkan di pawagam terhad di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Wayang ini berfokus pada kehidupan awal Islam dan Nabi Muhammad. Wayang ini telah diterbitkan pada tahun 2002.
Seperti dalam filem The Message, wayang aksi-hidup yang terdahulunya, Nabi Muhammad tidak digambarkan. Jadi apabila dia dibual kepada, atau berada dalam satu babak, watak yang bercakap kepadanya menghadap kamera.
Dikeluarkan oleh - Badr International
Diarahkan oleh -
Richard Rich
Ditulis oleh - Brian Nissen
Muzik oleh - William Kidd
Filem animasi Muhammad Utusan Terakhir merupakan versi alih bahasa bahasa Melayu bagi filem ini. Filem versi alih bahasa yang diterbitkan oleh Flare Studios Sdn. Bhd. ini telah dikeluarkan pada Disember 2003.[1]
Filem versi alih bahasa tersebut melibatkan barisan pelakon terkenal Malaysia sebagai pelakon suara seperti Allahyarham Dato' Mustapha Maarof, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Sani Sudin, Allahyarham Khalid Salleh, Radhi Khalid serta 49 orang pelakon tambahan.[2]
Terdapat beberapa syarikat media Islam tempatan yang diberikan kebenaran untuk memasarkan filem versi alih bahasa tersebut, bermula dengan syarikat Saba' Islamic Media. Kini, syarikat Inteam Mobile Sdn. Bhd. di bawah pengurusan kumpulan nasyid In-Team memasarkan filem tersebut dalam bentuk cakera padat video digital (DVD).[3]
Album Muhammad Utusan Terakhir merupakan album runut bunyi untuk filem animasi versi alih bahasa Muhammad Utusan Terakhir. Album ini telah diterbitkan pada tahun 2003 oleh Flare Studios Music Sdn. Bhd.[4]
Album ini melibatkan nama-nama besar industri nasyid Malaysia seperti kumpulan Raihan, Hijjaz, NOWSEEHEART dan Saujana, serta kumpulan Alif Ila Ya dan kumpulan nasyid cilik Alif Ba Ta.
Flare Studios Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Inteam Records Sdn. Bhd., sebuah syarikat rakaman dan pengedaran album di bawah pengurusan kumpulan nasyid In-Team, untuk menerbitkan semula album ini dan mengedarkannya pada tahun 2017.[5]
|title=
at position 29 (bantuan)
|title=
at position 29 (bantuan)