Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh | |
---|---|
Mufti Besar Arab Saudi | |
Dalam jawatan 1953–1969 | |
Raja | Raja Abdulaziz Raja Saud Raja Faisal |
Digantikan oleh | Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1893 Riyadh, Emiriyah Jabal Shammar, Semenanjung Arab |
Meninggal dunia | 3 December 1969 (berumur 76) Riyadh, Arab Saudi |
Kewarganegaraan | Arab Saudi |
Pertalian | Anak |
Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (1893–1969) merupakan seorang ilmuwan Islam terkemuka di Arab Saudi. Beliau merupakan Mufti Besar Arab Saudi yang pertama, yang dilantik pada tahun 1953 hingga kematiannya pada tahun 1969[1].
Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh dilahirkan pada tahun 1893 dari keluarga yang berketurunan langsung dengan pembaharu Islam di Arab Saudi, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, iaitu Al al-Syeikh.[1]
Sebagai Mufti Besar dari tahun 1953 hingga 1969, beliau sangat berpengaruh dalam menentukan dasar-dasar agama di Arab Saudi pada tahun 1950-an dan 1960-an.[2][3].
Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Majlis Tertinggi Liga Dunia Islam dan menjadikan aktiviti dakwah pertubuhan tersebut banyak terpengaruh dengan orientasi aliran Salafi.[3]
Beliau merupakan ayah kepada Ibrahim bin Muhammad Al al-Syeikh[3], Menteri Kehakiman Arab Saudi tahun 1975 hingga 1990[4][5] dan Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh[6] Menteri Kehakiman Arab Saudi tahun 1993 hingga 2009[4], yang kini merupakan Pengerusi Majlis Syura Arab Saudi.
Gelaran keagamaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tiada |
Mufti Besar Arab Saudi 1953–1969 |
Diikuti oleh: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz |