Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi | |||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Teluk Intan, Perak, Malaysia | 29 April 2004|||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | balapan dan padang | |||||||||||||||||||||||||||||||
Acara | lari pecut | |||||||||||||||||||||||||||||||
Pasukan Kolej | Auburn Tigers | |||||||||||||||||||||||||||||||
Dilatih oleh |
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Pencapaian dan pingat | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod peribadi terbaik |
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi[1] (lahir 29 April 2004) ialah pelari pecut Malaysia. Beliau adalah pemegang rekod 100 meter Malaysia semasa dengan catatan masa 10.09 saat.[2][3][4] Beliau juga pemegang rekod 60 meter kebangsaan dengan catatan masa 6.60 saat dan rekod bawah 20 tahun dalam acara 200 meter dengan catatan masa 20.83 saat.[2]
Muhd Azeem Fahmi dilahirkan pada 29 April 2004 di Teluk Intan, Perak anak dari pasangan Fahmi Tajuid dan Norazah Ibrahim.[5] Azeem mendapat keputusan 6 A dalam peperiksaan SPM.[5] Pada Januari 2023, Azeem berpindah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran dalam fisiologi senaman dan kinesiologi di Universiti Auburn, Alabama. Sejak berpindah dia telah berlatih di bawah jurulatih Zimbabwe, Ken Harnden.[6]
Azeem memenangi emas Sukan Sekolah ASEAN 2019 dalam acara 200m akhir dengan catatan masa 21.63 saat.[7] Pada Ogos 2022, dia memecahkan rekod 100m negara yang dipegang Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2022 dengan catatan masa 10.09 saat semasa saringan.[3][4] Dia juga berjaya memecahkan rekod 200m bawah 20 tahun negara sendiri dengan catatan masa 20.83 saat.[2][8][9]
Azeem memecahkan rekod negara pecut tertutup 60m lelaki yang sebelum ini dipegang oleh Watson Nyambek dengan catatan masa 6.63 saat pada separuh akhir pertemuan Terbuka Texas Tech 2023 dan mencatatnya lebih jauh dengan 6.62 saat dalam pertemuan akhir Jemputan Tiger Paw pada 11 Februari 2023.[10]