Muizzah


Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة) dikatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad yang paling disayangi.[1] Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (daripada tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepalanya kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza lalu diletakkan Muezza di paha baginda.[2] Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.[3] Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW ke atas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengasari haiwan tidak kira sama ada haiwan itu haram dimakan atau tidak ialah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah daripada Allah.[4][5]

  1. ^ Geyer, Georgie Anne (2004). When Cats Reigned Like Kings: On the Trail of the Sacred Cats. Andrews McMeel Publishing. ISBN 0-7407-4697-9. Cite has empty unknown parameters: |origmonth=, |month=, |origdate=, dan |coauthors= (bantuan)
  2. ^ Cats in Islamic Culture
  3. ^ Muttaqun OnLine - Cats: According to Quran and Sunnah
  4. ^ "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23. Dicapai pada 2010-11-01.
  5. ^ "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23. Dicapai pada 2010-11-01.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan