Mukim Peramu موكيم ڤرامو | |
---|---|
Negara | Brunei |
Daerah | Brunei dan Muara |
Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 1,111 |
Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
Poskod | BPxx26 |
Mukim Peramu ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 1,111 orang pada tahun 2016.[1] Ia merupakan salah satu dari enam daerah mukim kampung air. Semua mukim kampong air agak kecil dari segi saiz dan terletak di atas air. Ia terletak ditengah-tengah ibu negara Brunei, Bandar Seri Begawan di atas sungai Brunei.
Kampung-kampung berpenduduk di bawah Mukim Peramu adalah seperti berikut:[1]
Kampung | Penduduk (2016) |
---|---|
Kampung Bakut Berumput | 54 |
Kampung Bakut Pengiran Siraja Muda 'A’ | 92 |
Kampung Bakut Pengiran Siraja Muda 'B' | 87 |
Kampung Lurong Sikuna | 136 |
Kampung Pekilong Muara | 267 |
Kampung Peramu | 424 |
Kampung Setia Pahlawan | 51 |
Jumlah | 1,111 |