Murder | |
---|---|
Pengarah | Anurag Basu |
Penulis | Anurag Basu |
Dihasilkan oleh | Mukesh Bhatt Mahesh Bhatt |
Dibintangi | Emraan Hashmi Ashmit Patel Mallika Sherawat |
Sinematografi | Fuwad Khan |
Disunting oleh | Akiv Ali |
Muzik oleh | Anu Malik Raju Rao (skor latar) |
Diedarkan oleh | Vishesh Films |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 130 minit |
Negara | India |
Bahasa | Hindi |
Bajet | ₹50 juta[1] |
Pecah panggung | ₹250 juta[1] |
Murder ialah filem thriler Hindi India 2004 yang diarahkan oleh Anurag Basu dan diterbitkankan oleh Mukesh Bhatt. Ia merupakan siri pertama dalam siri filem Murder. Ia dibintangi oleh Emraan Hashmi, Ashmit Patel dan Mallika Sherawat dalam peranan utama dan berlatarkan di Bangkok, Thailand. Filem ini berdasarkan pada filem Amerika 2002 Unfaithful,[2] yang juga diilhamkan oleh filem Perancis The Unfaithful Wife (1969).
Murder dikeluarkkan pada 2 April 2004 dan, walaupun menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik, berjaya menjadi usaha yang sangat berjaya di pecah panggung, memperoleh status "super hit" dari Box Office India.[1] Filem ini merupakan satu kejayaan besar untuk pelakon utama, terutamanya Hashmi dan Sherawat. Ia menerima sijil A dari Lembaga Penapisan India untuk subjek dan adegan erotiknya. Filem ini dibuat semula di Kannada sebagai Ganda Hendathi (2006).
Ia mempunyai kultus semasa keluarannya, dan memulakan siri filem yang berterusan dengan Murder 2 pada tahun 2011 dan Murder 3 pada tahun 2013.