Myawaddy
မြဝတီ Myawadi | |
---|---|
Town | |
Koordinat: 16°41′16″N 98°30′30″E / 16.68778°N 98.50833°EKoordinat: 16°41′16″N 98°30′30″E / 16.68778°N 98.50833°E | |
Negara | Myanmar |
Bahagian | Negeri Kayin |
Daerah | Myawaddy |
Perbandaran | Perbandaran Myawaddy |
Penduduk (2014) | |
• Bandar | 195,624 |
Zon waktu | UTC+6.30 (Waktu Piawai Myanmar) |
Myawaddy (Pwo Timur: ဍုံမေဝ်ပ္တီ; Bahasa Burma: မြဝတီ ; Bahasa Thai: เมียวดี ; RTGS: Mia-wadi; S'gaw Karen) ialah sebuah bandar di tenggara Myanmar, di Negeri Kayin, berhampiran dengan sempadan Thailand. Dipisahkan dari bandar sempadan Thai, Mae Sot di tepi Sungai Moei (Sungai Thaung Yinn), bandar ini merupakan pusat perdagangan terpenting antara Myanmar dan Thailand. Bandar ini merupakan adalah yang kedua terbesar dalam 15 pos perdagangan di sempadan Myanmar.[1] Bandar ini terlelak 170 km ke timur Mawlamyine, bandar keempat terbesar di Myanmar dan 426 km barat laut Bangkok, ibu negara Thailand.[2]
Pada 6 Ogos 2010, sebuah bom meletup di tempat letak kereta di pasar yang sesak di Myawaddy, membunuh dua lelaki dan mencederakan empat yang lain.[3]
Retasan sempadan di sini ialah laluan utama eksport permata Myanmar.[4] Jalan Mae Sot-Myawaddy ialah laluan perdagangan lintasan sempadan utama antara Thailand dan Myanmar dan menurut Dewan Perniagaan Thailand, perdagangan bulanan antara kedua-dua negara pada 2015– melalui lintasan Mae Sot ke Myawaddy bernilai lebih 3 bilion baht.[5]
Di bawah perjanjian baharu antara kerajaan Thailand dan Myanmar, pelancong yang menyeberangi sempadan dari jambatan Persahabatan Myawaddy-Mae Sot dibenarkan tinggal di kawasan Mae Sot selama tujuh hari. Perjanjian baharu itu berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2016.[6]
Hospital Daerah Myawaddy ialah hospital awam yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai di perbandaran Myawaddy dan kawasan sekitarnya. [7] Bangunan teater pembedahan Hospital Myawaddy telah dibina oleh kerajaan Jepun di bawah Bantuan Geran Kerajaan Jepun untuk Projek Keselamatan Manusia Akar Umbi (GGP). [8] Bagaimanapun, penduduk tempatan masih menyeberangi sempadan untuk mendapatkan bantuan di klinik di Mae Sot untuk memperoleh perkhidmatan yang lebih baik.[9]