Myisha Mohd Khairul | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | ||||||||||||||
Nama kelahiran | Myisha binti Mohd Khairul | |||||||||||||
Negara | Malaysia | |||||||||||||
Lahir | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 27 Julai 2002|||||||||||||
Cakat tangan | Kanan | |||||||||||||
Perseorangan wanita | ||||||||||||||
Ranking tertinggi | 322 (22 Februari 2022) | |||||||||||||
Ranking semasa | 328 (12 April 2022) | |||||||||||||
Rekod pingat
| ||||||||||||||
Profil BWF |
Myisha Mohd Khairul (lahir 27 Julai 2002) ialah seorang pemain badminton perseorangan wanita professional Malaysia.[1][2] Beliau merupakan antara pemain dalam pasukan Malaysia yang membantu membawa pulang pingat gangsa pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022.[3] Pencapaian terbaiknya adalah menjuarai Antarabangsa Belanda pada 2022.[4]
Beliau mempunyai dua lagi adik beradik dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di kampung halamannya, Johor Bahru. Ibu bapanya pada mulanya mahu beliau menjadi seorang penari balet pada usia muda. Beliau cuba untuk meneruskan kerjaya dalam bidang taekwondo tetapi beliau tidak menggemari sukan itu kerana ia terlalu keras. Pada usia 9 tahun, beliau menceburi dalam sukan badminton selepas menemani abangnya ke kelas badminton pertamanya.[5][6]
Perseorangan wanita
Tahun | Kejohanan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2022 | Antarabangsa Belanda | Siti Nurshuhaini | 21–19, 18–21, 21–19 | Juara |