Neil Mellor

Neil Mellor
Maklumat peribadi
Nama penuh Neil Mellor
Ketinggian 6 ft 0 in (1.83 m)
Posisi permainan Striker
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 33
Kerjaya remaja
Liverpool F.C.
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002-
2003-2004
2005-2006
Liverpool
West Ham Loan
Wigan Loan
12 (2)
16 (2)
3 (1)
Pasukan kebangsaan
England 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Neil Andrew Mellor adalah seorang pemain bola sepak yang bermain untuk kelab Liverpool. Beliau mencipta nama kerana menjaringkan gol kemenangan Liverpool dalam minit-minit terakhir dalam kemenangan 2-1 menentang Arsenal di Anfield.

Neil juga menjaringkan gol semasa permainan menentang Olympiakos di Anfield, dan gol jaringan Neil telah membangkitkan semangat pemain-pemain Liverpool untuk mengalahkan Olympiakos 3-1 dan mara ke pusingan seterusnya. Liverpool seterusnya menjuarai Piala Eropah pada tahun itu.

Bapa beliau, Ian Mellor adalah bekas pemain bola sepak profesional yang bermain dengan Manchester City. Neil dilahirkan pada 4 November, 1982 di bandar Sheffield, England.

Dalam bulan Januari 2006, Neil Mellor dipinjamkan ke Wigan Athletic sehingga akhir musim. Neil menjaringkan gol dalam masa kecederaan dalam perlawanan pertama beliau untuk Wigan Athletic menentang Middlesbrough. Wigan Athletic menang 3-2. Malangnya Neil sekali lagi mengalami kecederaan lutut dan dipanggil pulang ke Melwood untuk menjalani rawatan.