New Fist of Fury | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Lo Wei |
Penulis | Lo Wei Pan Lei |
Dihasilkan oleh | Hsu Li Hwa |
Dibintangi | Jacky Chan Han Ying-chieh Nora Miao Tom Yim-chan |
Sinematografi | Chan Chiu-yung Chan Wing-shu Chan Chung-yuen |
Disunting oleh | Lee Yim-hoi |
Diedarkan oleh | Lo Wei Motion Film Productions |
Tarikh tayangan | 8 Julai 1976 |
Masa tayangan | 114 minit |
Negara | Hong Kong |
Bahasa | Mandarin |
Pecah panggung | HKD $456,787.20 |
New Fist of Fury merupakan sebuah filem seni bela diri Hong Kong arahan Lo Wei yang dibintangi oleh Jackie Chan. Filem ini merupakan percubaan pertama Jackie Chan di bawah pengarah Lo Wei untuk menjadi pengganti kepada Bruce Lee. Namun sayang, filem ini tidak mendapat sambutan kerana gaya pertarungan Chan agak ke arah komedi berbeza dengan gaya pertarungan Bruce Lee.
Mengisahkan tentang pemuda yang bernama Ah Lung seorang pencuri yang pada awalnya tidak ingin belajar kungfu, tapi pada akhirnya ia menyedari bahawa dia tidak boleh lagi berdiri serta membiarkan Jepun menginjak-injak hak-hak orang China. Selepas itu, dia mempelajari kungfu di sekolah Jingwu yang dikendalikan oleh seorang gadis bernama Mao Li Er dan datuknya guru wu.