Nikal

Nikal, bahasa Ugarit 𐎐𐎋𐎍 nkl, nama penuh Nikal-wa-Ib, ialah seorang dewi kepada bangsa Ugarit/Kanaan yang kemudiannya menjadi Phoenicia. Ia dianggap sebagai dewi dusun-dusun, dengan namanya yang bermaksud "Betari Raya dan Hasil Lebat" dan berasal daripada bahasa Akkadia/Semitik Barat "´Ilat ´Inbi" yang bermaksud "Dewi Buah". De Moor menterjemahkan, daripada Ugarit 𐎛𐎁 "ib" sebagai "bunga" yang dikekalkan dalam Ibrani Bible sebagai אֵב (Konkordans Strong 3) dan memetik Canticles 6:11 sebagai bukti hidup perkataan ini[1]

Ia merupakan anak perempuan Khirkhibi, Raja Musim Panas, dan berkahwin dengan dewa bulan Yarikh, yang mengurniakannya sekalung rantai batu lazuardi. Perkahwinan mereka dinyatakan dengan lagu dalam teks Ugarit "Nikal dan sang Kathirat". Nikal diraikan pada hujung musim panas apabila pokok buah-buahan telah dikutip. Dalam Sumeria pula ia disamatarafkan dengan dewi Ningal, ibunda Inanna dan Ereshkigal.[2]

Muzik kuno yang tidak lengkap tertua ialah sebuah lagu daripada bangsa Hurri, sebuah gita puja dalam tulisan pepaku Ugarit yang ditujukan kepada Nikal. Ia diterbitkan semasa ditemui di Ugarit oleh Emmanuel Laroche, sulung kalinya pada tahun 1955 dan kemudian dengan lengkap pada tahun 1968,[3] dan menjadi fokus dalam pelbagai selidikan paleomuzikologi oleh, daripada ramai yang lain, Anne Draffkorn Kilmer, yang menjudulkan ia The Hymn to Nikkal (Gita Puja Nikal).[4]

  1. ^ Johannes Cornelis de Moor. An Anthology of Religious Texts from Ugarit. E. J. Brill, 1987.
  2. ^ Driver, Godfrey Rolles (1956, 2nd ed., 1971). Canaanite Myths and Legends (2nd ed.). Edinburgh: T. & T. Clark
  3. ^ Emmanuel Laroche, Le palais royal d' Ugarit 3: Textes accadiens et hourrites des archives Est, Ouest et centrales, 2 vols., edited by Jean Nougayrol, Georges Boyer, Emmanuel Laroche, and Claude-Frédéric-Armand Schaeffer, 1:327–35 and 2: plates cviii–cix (Paris: C. Klincksieck, 1955):; "Documents en langue hourrite provenant de Ras Shamra", in Ugaritica 5: Nouveaux textes accadiens, hourrites et ugaritiques des archives et bibliothèques privées d'Ugarit, edited by Claude-Frédéric-Armand Schaeffer and Jean Nougayrol, 462–96. Bibliothèque archéologique et historique / Institut français d'archéologie de Beyrouth 80; Mission de Ras Shamra 16 (Paris: Imprimerie nationale P. Geuthner; Leiden: E. J. Brill, 1968).
  4. ^ Kilmer, Anne Draffkorn, Journal of Cuneiform Studies, xxxviii (1986), 94-98

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Driver, Godfrey Rolles (1956, edisi ke-2, 1971). Canaanite Myths and Legends (2nd ed.) [Mitos dan Legenda Kanaan (edisi ke-2)]. Edinburgh: T. & T. Clark
  • Kilmer, Anne Draffkorn. "The Cult Song with Music from Ancient Ugarit: Another Interpretation" [Lagu Kultus dan Muzik dari Ugarit Purba" Tafsiran Semula]. Revue d'Assyriologie [Jurnal Assyriologi]. 68 (1974): 69–82.
  • Kilmer, Anne Draffkorn, Richard L. Crocker, dan Robert R. Brown. Sounds from Silence: Recent Discoveries in Ancient Near Eastern Music [Bunyi dari Kesepian: Penemuan Terkini dalam Muzik Asia Barat Laut Kuno]. Berkeley: Bit Enki Publications, 1976. (buku kecil dan piring hitam lama putar, Bit Enki Records BTNK 101, diisu semula [definisi biasa] dengan cakera padat).