Syarikat induk | Nihon Keizai Shimbun |
---|---|
Diasaskan pada | 1969 Chiyoda, Tokyo, Japan | (sebagai Nikkei McGraw-Hill, Inc.)
Hasil | JPY 36.8 billion (2018) |
Bilangan pekerja | 765 (2018) |
Laman web rasmi | nikkeibp |
Nikkei Business Publications, Inc. (株式会社日経BP , Kabushiki-gaisha Nikkei Bī Pī), atau lebih dikenali dengan nama Nikkei BP (日経BP社 , Nikkei Bī Pī sha), adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah di Tokyo, Jepun. Syarikat ini diasaskan sebagai "Nikkei McGraw-Hill, Inc." (日経マグロウヒル株式会社 ), sebuah gabungan diantara Nihon Keizai Shimbun (Nikkei) dan syarikat penerbitan McGraw-Hill pada tahun 1969. Nikkei kemudiannya mengambil alih sepenuhnya pada tahun 1988 dan menjadi anak syarikat.[1]
Nikkei BP terkenal dengan penerbitan pelbagai majalah dalam bidang perniagaan dan teknologi yang berfokus, dan sistem jualan langsung majalah tersebut.
Nikkei Entertainment! (日経エンタテインメント! ) telah menerbitkan Talent Power Ranking , sebuah ranking tahunan sejak 2008. Data ranking adalah berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan Architect, Inc. untuk mengukur pengiktirafan dan minat orang ramai terhadap penghibur Jepun. [4]