Nishan-e-Haider | |
---|---|
Jenis | Anugerah |
Negara | Pakistan |
Kali pertama | 16 Mac 1957 |
Susunan keutamaan | |
Lebih rendah | Hilal-i-Jur'at (en) , Sitara-e-Jurat (en) dan Tamgha-i-Jurat (en) |
Tapak web | |
http://www.pakistanarmy.gov.pk/awpreview/pDetails.aspx?pType=PressRelease&pID=67 | |
sunting · sunting di Wikidata |
Nishan-e-Haider (NH; Urdu: نشان حیدر atau 'Pingat Singa'), ialah anugerah keberanian tentera tertinggi Pakistan.[1] [2] Nishan-e-Haider dianugerahkan secara anumerta dan hanya kepada anggota daripada Angkatan Bersenjata Pakistan. Pingat ini mengiktiraf tindakan tertinggi dan keberanian luar biasa dalam menghadapi musuh di wilayah darat, laut, atau udara. Ia telah dianugerahkan hanya sebanyak 11 kali sejak kemerdekaan Pakistan pada tahun 1947.
Nishan-e-Haider secara harfiah bermaksud "Lambang Singa" dalam bahasa Urdu.[3] Perkataan "Haider" juga adalah julukan Ali bin Abi Talib RA, yang disebut sebagai 'Singa Allah', seorang wira dan pemimpin yang gagah berani. Ali RA ialah Khalifah Islam keempat dan diisytiharkan sebagai orang yang paling berani oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Beliau dikenali dengan keberanian, kekuatan, dan kebijaksanaannya dalam Islam.[4]
Nishan-e-Haider diasas oleh Pemerintah Pakistan dan dinamai daripada nama Ali selepas kemerdekaan Pakistan.[perlu rujukan] Pingat ini diiktiraf terasas pada hari kemerdekaan Pakistan pada 14 Ogos 1947. Nishan-e-haidar ialah anugerah tertinggi di Pakistan, dalam ketenteraan maupun sivil. Dari sebelas penerima Nishan-e-Haider setakat ke hari ini, sepuluh askar berasal daripada Tentera Darat dan bakinya Tentera Udara.
Meski beberapa ahli lencana menganggap pingat ini tiada bezanya dari pingat-pingat lain semisal Victoria Cross dari United Kingdom atau Medal of Honor dari Amerika Syarikat, pandangan itu keliru. Nishan-e-haidar lebih mulia dan mempunyai keunikannya sendiri kerana hanya boleh dikeruniakan bagi mereka yang syahid di pertempuran, berbeza dari dua contoh di atas yang mana kedua anugerah cepat-cepat diberikan ketika penerima masih hidup.
Pada satu kesempatan, Kakitangan Pengerusi Tentera Darat Pakistan pernah mendapat pertanyaan dalam wawancara, mengapa nishan-e-haider hanya diberikan ketika sang penerima sudah tiada. Jawapan daripada Pegawai Tentera itu ialah, jikalau pingat itu diberi selagi orangnya masih hidup maka dia mungkin sahaja ke depan dia akan berbuat hal memalukan atau jenayah, jadi itulah sebabnya bagi menjaga marwah Nishan-e-haider.
Pingat Nishan-e-Haider dapat dikeruniakan kepada semua pangkat dalam Angkatan Bersenjata Pakistan bagi menunjukkan kehandalan dan keberaniannya menghadapi musuh di pertempuran. Pingat ini hanya dikeruniakan kepada mereka yang melakukan hal luar biasa dalam perang dan menjemput syahid tidak lama selepasnya.[5][6]
Pingat Nishan-e-Haider merupakan hasil karya daripada Tempaan Pakistan, selepas menerima perintah pengilangan oleh Menteri Pertahanan. Selalunya ia dibuat daripada peralatan ketenteraan lawan.[7] Kandungan logam dalam pingat ini ialah: 88% gangsa, 10% emas, and 2% timah sari.
Tugu peringatan atau tempat-tempat yang diberi nama penerima pingat Nishan-E-Haider: