Nizam Razak

Nizam Razak
Kelahiran
Mohd Nizam bin Abdul Razak

(1983-08-14) 14 Ogos 1983 (umur 41)
PendidikanKomunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia
PekerjaanJuruanimasi, pengarah, pelakon suara, Pengasas dan Pengarah Urusan Animonsta Studios
Tahun aktif2005–kini
PasanganEzdiani Ahmad Fauzi (k. 2004)
Anak-anak3

Mohd Nizam bin Abdul Razak (lahir 14 Ogos 1983) merupakan seorang juruanimasi, pengarah dan pelakon suara Malaysia. Beliau terkenal sebagai pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy dan francaisnya serta sebagai pengasas Animonsta Studios.[1] Beliau merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Multimedia.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Nizam dilahirkan pada 14 Ogos 1983 di Muar, Johor dan dibesarkan di Duyung, Melaka Tengah, Melaka, merupakan anak sulung daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang adik perempuan. Beliau memulakan minatnya dalam dunia animasi apabila beliau membaca komik seperti Dragonball dan Doraemon semasa sekolah rendah, dan Ujang dan Alam Perwira sewaktu usia remajanya.[2]

Kerjaya animasi

[sunting | sunting sumber]

Sekitar 1997 apabila internet mula didapati di Malaysia, Nizam mula mempunyai kepentingan dalam reka bentuk grafik melalui kumpulan sembang secara dalam talian, 16rulz.[2] Pada 2001, beliau mendaftar untuk pengajian asas di Fakulti Multimedia Kreatif dan mendaftarkan diri di Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya.[2][3]

Dalam tahun kedua program ijazah, beliau mengambil jurusan animasi filem kerana "ia adalah sesuatu yang baru".[2] Pada tahun 2005, Nizam lulus dengan ijazah kelas pertama dan merupakan pelajar terbaik di dalam kelas.[2] Beliau pernah bekerja selama empat bulan untuk sebuah syarikat di Damansara Perdana yang membangunkan animasi untuk pasaran China.

Pada tahun 2009, Nizam bersama-sama dengan Kee Yong Pin, Safwan Karim dan Anas Abdul Aziz menubuhkan syarikat animasinya sendiri yang diberi nama Animonsta Studios.[4] Syarikat ini menerbitkan siri animasi BoBoiBoy[5] untuk siaran di TV3 di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah, pelakon suara dan penulis.[2][6] Kejayaan BoBoiBoy juga turut mencetuskan filem BoBoiBoy: The Movie[7] dan terbitan turunan BoBoiBoy Galaxy[8] serta kesinambungannya, BoBoiBoy Movie 2.[9]

Pada Jun 2023, beliau telah diberikan pengiktirafan oleh Tatler Asia sebagai "Gen.T (Malaysia)" kerana mencipta animasi kesayangan Malaysia (BoBoiBoy dan Mechamato).[10]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Ezdiani binti Ahmad Fauzi pada 2004 dan dikurniakan tiga orang anak.[11]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pencipta Pengarah Penulis Penerbit Peranan suara Catatan
2007–2009 Upin & Ipin Tidak Ya Tidak Tidak Musim 1-3
2009 Geng: Pengembaraan Bermula Tidak Ya Cerita Tidak Juga sebagai penyunting dan kesan khas
2011–2016 BoBoiBoy Ya Ya Ya Tidak Papa Zola dan Bago Go Musim 1-3
2016 BoBoiBoy: The Movie Ya Ya Ya Tidak Papa Zola Juga sebagai penyunting dan pemilihan pelakon
2016-kini BoBoiBoy Galaxy Ya Tidak Ya Tidak Papa Zola dan Bago Go Musim 1 & 2
2018-2022 Fly With Yaya Ya Tidak Tidak Eksekutif Pencipta watak Yaya
2019 BoBoiBoy Movie 2 Ya Ya Ya Ya Papa Zola
2019-kini Papa Pipi Ya Tidak Ya Ya Papa Zola
2021-kini Mechamato Ya Tidak Ya Ya Bago Go dan Bula Juga sebagai penyunting
2022 Mechamato Movie Ya Ya Ya Ya Bago Go dan Bula
2024 PAPA Game On Ya Ya Ya Ya Papa Zola Dalam produksi
2025 BoBoiBoy Movie 3 Ya Ya Ya Ya

Anugerah dan penghargaan

[sunting | sunting sumber]

2023

  • Tatler Asia: Gen.T (Malaysia)[10]
2012
  • NEF-AWANI: BoBoiBoy - Favourite E-Community 2011
  • UITM: Tokoh Inovasi 2012
  • KERAJAAN NEGERI JOHOR: Ikon Belia Johor 2012
2011
  • TOKOH MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2011: Tokoh Negara in conjunction with Hari Kemerdekaan ke 54 and Hari Malaysia.
  • Anugerah Karyawan Animasi Malaysia (ANIMAS): BoBoiBoy was awarded for the best theme music, best background score and best script.
  • NEF-AWANI: Animonsta Studios - Best Start-up Company
2010
  • 12th TBS DigiCon6: BoBoiboy - 1st Place Regional Award
2009
  • Kids Film Festival: GENG - Viewers Choice Award.
  • Shout Awards: Upin&Ipin - Best TV Chemistry Award.
2008
  • MSC Malaysia APICTA 2008: Best of Media Entertainment Category - Merit Award
2007
  • MSC APICTA 2007: Best Start-Up Company APICTA
  • Kuala Lumpur International Film Festival 2007: Upin&Ipin - Best Animation
  • APICTA 2007: Best in Media and Entertainment - Best of Start-up Companies (2nd Place)
2006
  • Anugerah Filem Pendek: Best Director (Animation), Best Animated Film, Best Short Film
2005
  • APICTA 2005: Best Of Tertiary Student Projects
  • Malaysian Video Awards: Best of 10th MVA 2005 - Best Short Animated Film (Open Category)
  • MSC-APICTA 2005: Best of Tertiary Student Project - Creative Multimedia
  • MMU Creative Pixels: Best of Multimedia University Collection 2005
  • MMU-SGI Exellence Award 2005: Best Student of Faculty Creative Multimedia
  • MMU Creative Multimedia Degree Course: Best Student of Faculty Creative Multimedia, First Class Honours Degree (3.72/4.00), 7 Dean’s Awards (Multimedia University)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://uncle-bugs.blogspot.my/2015/04/nizam-razak.html[sumber tak boleh dipercayai?]
  2. ^ a b c d e f Rozana Sani (18 April 2016). Chasing the dream in animation New Straits Times. Dicapai pada 25 Mei 2017.
  3. ^ "Mohd Nizam Abd Razak". Multimedia University. Dicapai pada 12 November 2023.
  4. ^ Aqmar Mustaza (10 Mac 2016). "Animonsta Studios, bukti kesungguhan Nizam Razak". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2017.
  5. ^ Aqmar Mustaza (30 Januari 2016). "Nizam Razak percaya kekuatan BoBoiBoy". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Mei 2017.
  6. ^ Diana Surya Abd Wahab (8 November 2011). Nizam pencetus BoBoiBoy Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mei 2017.
  7. ^ Selamat, Hanisah (2 Februari 2016). "BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j". Berita Harian. Dicapai pada 10 February 2016.
  8. ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Disember 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  9. ^ "Penuh Emosi & Kejutan Berganda! Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton BoBoiBoy Movie 2" Gempak. 23 July 2019. Retrieved on 25 July 2019.
  10. ^ a b "MOHD NIZAM ABDUL RAZAK". Tatler Asia. Dicapai pada 12 November 2023.
  11. ^ Teh Ooi, Sherene (26 Julai 2017). "BoBoiBoy creator Nizam Razak and his Malaysian superhero" [Pencipta BoBoiBoy, Nizam Razak dan adiwira Malaysianya]. Star2.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-26. Dicapai pada 25 Ogos 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]