Nonie Darwish | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nahid Darwish 1949 (umur 75–76)[1] |
Pendidikan | Universiti Amerika Kaherah |
Pekerjaan | Penulis, jurubicara masyarakat, pengasas & presiden Arabs for Israel |
Laman web rasmi | Arabs for Israel, noniedarwish.com |
Nonie Darwish (Arab: نوني درويش ; nama lahir: Nahid Darwish, 1949)[1] ialah seorang pengkritik Islam, dan pengasas Arabs for Israel, serta Pengarah Former Muslims United. Southern Poverty Law Center menyebutnya sebagai seorang aktivis anti-Arab[2] dan anti-Muslim.[3] Beliau ialah pengarang empat buku: Now They Call Me Infidel: Why I Renounced Jihad for America, Israel, and the War on Terror, Cruel and Usual Punishment: The Terrifying Global Implications of Islamic Law, The Devil We Don't Know: The Dark Side of Revolutions in the Middle East, dan Wholly Different: Why I Chose Biblical Values Over Islamic Values. Dilahirkan di Mesir, Darwish ialah anak kepada seorang leftenan Tentera Darat Mesir, yang dinyatakan "syahid" oleh presiden Mesir Gamal Abdel Nasser,[4] setelah terkorban dalam pembunuhan tersasar oleh Pasukan Pertahanan Israel pada 1956. Darwish menuding "budaya Islam timur tengah dan propaganda kebencian diajarkan kepada kanak-kanak sejak lahir" saat menjemput ajal bapaya. Pada 1978, beliau berpindah bersama suaminya ke Amerika Syarikat, dan memeluk agama Kristian di sana. Susulan insiden serangan 11 September 2001, beliau menulis topik-topik mengenai Islam.[4]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nonie Darwish |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Nonie Darwish |