Nor Azrina Surip


Nor Azrina Surip

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Wilayah Persekutuan)
Memegang jawatan
2023
MenteriZaliha Mustafa
Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Memegang jawatan
7 April 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriNik Nazmi Nik Ahmad
Pengerusi PKR Kedah
Memegang jawatan
2024
TimbalanZamri Yusuf
Didahului olehNurul Izzah Anwar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Merbok, Kedah
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Ismail Daut
Digantikan oleh Mohd Nazri Abu Hassan
Majoriti10,072 (PRU-14)
Butiran peribadi
LahirNor Azrina binti Surip
(1975-10-25) 25 Oktober 1975 (umur 49)
Selangor
Parti politik PKR
Alma materUniversiti Sains Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik
ProfesionJurutera

Puan Nor Azrina Surip (lahir 25 Oktober 1975) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Merbok (2018-2022) dan kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri (JPM) Wilayah Persekutuan dan Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Di peringkat parti, beliau adalah Pengerusi PKR Kedah dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

  • Pegawai penyelidik di Pusat Pengurusan Penyelidikan di UTM, Skudai (2001-2004)
  • Jurutera Alam Sekitar

Jawatan dalam parti

[sunting | sunting sumber]
  • Ahli Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia
  • Ketua AMK Johor
  • Pengerusi Biro Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan
  • Exco Wanita PKR Pusat
  • Ketua Wanita PKR Sungai Petani
  • Timbalan Pengarah II, Jawatankuasa Pilihanraya Negeri

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  • Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • ijazah lanjutan Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Sains Malaysia (USM)

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Azrina dilahirkan di Selangor. Beliau menerima Diploma Kejuruteraan Awam pada tahun 1996 dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kejuruteraan Awam pada tahun 1999 dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2005 lalu. [1] Beliau juga penerima Exchange Programme 96 Malaysian Delegation to South Korea, Anugerah Khas Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) dari Kolej Tun Fatimah, UTM (1999),   Anugerah Wanita Muda/Srikandi (Anugerah Delima Merah) dan  Anugerah Citra Kreatif dari Kolej Tun Fatimah, UTM (1999).

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Merbok Nor Azrina Surip PH (PKR) 31,554 Mohd Nazri Abu Hassan PN (BERSATU) 52,753 21,019
Shaiful Hazizy Zainol Abidin BN (UMNO) 16,691
Mohamed Mosin Abdul Razak GTA (IMAN) 1,201
Khairul Anuar WARISAN 525
2018 Nor Azrina Surip PH (PKR) 30,902 Tajul Urus Mat Zain BN (UMNO) 20,830 10,072
Ahmad Fauzi Ramli PAS 19,618
2013 Nor Azrina Surip PKR 34,416 Ismail Daut BN (UMNO) 38,538 4,122