Normand Corbeil | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 25 Januari 2013 | (umur 56)
Pekerjaan | Komposer skor muzik |
Normand Corbeil (6 April 1956 - 25 Januari 2013) adalah seorang komposer dari Kanada yang terkenal dengan karya-karyanya di dalam filem, permainan video dan televisyen.
Corbeil memenangi Anugerah BAFTA dan anugerah Academy of Interactive Arts & Sciences untuk karangan lagu bagi permainan video PlayStation 3 2010, Heavy Rain.[1][2] Dia juga menjadi komposer untuk permainan video 2005, Fahrenheit, yang juga dikenali sebagai Indigo Prophecy di Amerika Syarikat. Permainan video Beyond: Two Souls adalah ciptaan lagu yang terakhir dibuat olehnya, tetapi beliau tidak dapat menyelesaikan karya berkenaan kerana kematiannya dan disiapkan oleh Lorne Balfe. Atas sebab itu, permainan itu didedikasikan keatasnya..[2][3]
Corbeil menyusun skor muzik untuk televisyen dan filem. Kreditnya termasuk filem Double Jeopardy pada tahun 1999, Extreme Ops pada tahun 2002, dan The Statement pada tahun 2003, serta filem pendek, Kara.[1][2] karya televisyennya termasuk siri televisyen ABC pada tahun 2009, V. Beliau menerima dua pencalonan Anugerah Emmy untuk susunan muziknya.[1]
Corbeil, yang didiagnosis dengan kanser pankreas pada Ogos 2012, beliau meninggal dunia pada 25 Januari 2013 di usia 56 tahun.[1][2]