Octavia Nasr (Arab: اوكتافيا نصر ) (lahir 1966) adalah seorang wartawan hal ehwal Asia Barat. Beliau bertugas sebagai editor kanan CNN. Beliau dipecat kerana laman sosial miliknya di Twitter cenderung menyokong ulama aliran Syiah di Lubnan Ayatollah Mohammad Hussein Fadlallah yang baru meninggal dunia.
Octavia Nasr menyertai CNN pada 1990. Oktavia Nasr membuat liputan hampir semua berita Asia Barat untuk CNN sejak 20 tahun lalu dan menjadi pembaca berita CNN World Report dan CNN International's World News dari 1993 hingga 2003.
Sebelum menyertai CNN, dia bekerja untuk Badan Penyiaran Lebanon.
Fadlallah adalah pemimpin kerohanian pergerakan Hizbullah yang terus berjuang menentang penjajahan Israel di Palestin dan Gaza. Hizbullah dikategori oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas , berjuang menentang kewujudan Israel.
Naib Presiden Kanan CNN International Newsgathering, Parisa Khosravi menyatakan tindakan Oktavia memuji ulama itu tidak wajar. Oleh itu beliau wajar meninggalkan CNN (dipecat).