Oerlikon GDF[4] atau meriam berkembar Oerlikon 35 mm adalah sebuah meriam anti pesawat tunda yang dikeluarkan oleh Oerlikon Contraves (dinamakan semula sebagai Rheinmetall Air Defence AG selepas penggabungan dengan Rheinmetall pada tahun 2009). Sistem ini asalnya didesignasikan sebagai 2 ZLA/353 ML sebelum diubah kepada GDF-001. Ia dibangunkan pada akhir tahun 1950an digunakan oleh kira-kira 30 buah negara.[5]
Argentina: 38 x GDF-002 dengan Skyguard (tentera darat), 6 x GDF-002 dengan radar Super Fledermaus FC (tentera udara)
Austria: 74 x GDF-005 (tentera darat), 18 x GDF-005 dengan radar 37 Skyguard FC (tentera udara)
Bahrain: 12 x GDF-005 unit, digunakan dengan radar Skyguard FC.
Bangladesh: Pada tahun 2017, 2 x sistem meriam anti pesawat Oerlikon GDF-009 yang dipesan dengan radar kawalan tembakan Skyguard 3.[6]Templat:Verification needed Pada tahun 2019, sistem meriam ini telah diuji di Cox's Bazar.[7][8]
Brazil: 38 x GDF-001 dengan radar Super Fledermaus yang dinaik taraf dan radar Skyguard FC buatan Brazil. Akan dipasang dengan radar Saber M60.
Jepun: Kira-kira 70 x GDF-001, digunakan dengan radar Super Fledermaus FC yang telah dinaik taraf. Dikilangkan di bawah satu kerjasama dengan Japan Steel Works untuk meriam 35mm gun dan Mitsubishi Electric Corporation untuk sistem-sistem selebihnya[12] 52 On the Type 87 (self-propelled anti-aircraft gun)
Korea Selatan: 36 x GDF-003, digunakan dengan radar Skyguard FC.
Kuwait: 12 x GDF-005 (Amoun), digunakan dengan radar Skyguard dan Sparrow SAM
Malaysia: 28 x GDF-005, digunakan dengan radar Skyguard FC.
Myanmar: 10 yang dibina secara tempatan MAA-01, (Type-90) setakat tahun 2017.[13]
Afrika Selatan: 102 x GDF-002 (100 Mk1 GDF-002 pada tahun 2004 dijual pada harga $500 000) + 48 x GDF-005 diubahsuai. Ditingkat taraf ke sistem Skyshield, GDF-006 AHEAD dan standard GDF-007 AHEAD menjelang tahun 2017. Beberapa 169 x Oerlikon GDF-00? telah diperolehi oleh SADF bersama dengan 75 x radara Super Fledermaus FC.
Sepanyol: 92 x GDF-007 dinaik taraf daripada GDF-005 antara tahun 2003 dan 2006. Dengan radar-radar 27 x Skydor dan 18 x Skyguard FC.[15]
Switzerland: Beberapa 24 x GDF-005 diubahsuai (daripada sejumlah 264 x GDF-001/002) digunakan dengan radar Skyguard FC.
Thailand: 8 x GDF-007, digunakan dengan 4 x radar Skyguard 3 FC.
Taiwan: 24 x radar kawalan tembakan Skyguard "Sky Sentinel" yang dipautkan ke beberapa 50 GDF-003 meriam berkembar 35 mm. Dinaik taraf ke GDF-006 untuk menggunakan peluru AHEAD sejak tahun 2009.
Turki: Meriam Oerlikon 35mm dikilangkan secara berlesen oleh MKE.[16][17] 120 x GDF-003,[18] Versi buatan Turki dikenali sebagai MKE GDF-003B.[16] Sistem meriam pelbagai dinaik taraf ke GDF-003B Modernized dengan Sistem Kawalan Tembakan Aselsan oleh Aselsan.[16][19][20]
United Kingdom: 15 x GDF-002 meriam berkembar 35mm telah ditawan dalam Perang Falklands selain 6 x radar Skyguard dan 1 x radar Super Fledermaus FC. Sebuah radar Skyguard telah dimusnahkan oleh serangan dari sebuah peluru berpandu Shrike semasa konflik. Kini, empat buah daripada sistem kawalan tembakan Skyguard ini digunakan untuk mengesan pesawat tentera UK yang melanggar halangan penerbangan di kawasan kediaman.[21] Meriam GDF-002 kini disimpan dan beberapa muzium ketenteraan di U.K.