One Spring Night | |
---|---|
Fail:One Spring Night.jpg Promotional poster | |
Genre | |
Ditulis oleh | Kim Eun |
Pengarah | Ahn Pan-seok |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan episod | 32[a] |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Single-camera |
Tempoh siaran | 35 minit[a] |
Syarikat penerbitan | JS Pictures |
Syarikat pengedaran | |
Penyiaran | |
Saluran asal | MBC TV |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 22 Mei 2019 | – 11 Julai 2019
Pautan luar | |
Laman sesawang |
One Spring Night [2] (Hangul: 봄밤 ; RR: Bombam; terjemahan kasar Malam Musim Bunga) adalah sebuah siri televisyen Korea Selatan 2019 yang dibintangi oleh Jung Hae-in, Han Ji-min dan Kim Jun-han. Ia disiarkan dari 22 Mei hingga 11 Julai 2019, dan merupakan siri mini pertama dalam slot hari biasa yang disiarkan oleh MBC pada slot waktu lebih awal pada hari Rabu dan Khamis jam 20:55 KST . [3]
Lee Jeong-in (Han Ji-Min) adalah seorang pustakawan yang telah menjalin hubungan selama 4 tahun dengan pegawai bank, Kwon Gi-seok (Kim Jun-han). Manakala Yoo Ji-ho (Jung Hae-in) adalah seorang ahli farmasi dan seorang duda yang telah bergraduasi setahun di belakang Kwon Gi-seok dari universiti yang sama. Tidak banyak yang mereka tahu bahawa setelah bertemu satu sama lain, Ji-ho dan Jeong-in akan mula melihat cinta dan hubungan dalam perspektif baru. [4]
Jeong-in bertemu Ji-ho di Farmasi Woori ketika dia pergi untuk membeli ubat untuk mengatasi mabuknya. Jeong-in mengatakan kepada Ji-ho bahawa dia dalam keadaan terburu-buru, jadi Ji-ho terus membuka ubat dan memberikannya sebelum sempat Jeong-in bayar. Namun, Jeong-In menyedari bahawa dia telah meninggalkan dompetnya di tempat rakannya malam sebelumnya. Ji-Ho menyuruhnya membayarnya kemudian, dan memberikan wang untuk teksi. [2]
Ji-ho segera tertarik pada Jeong-in setelah pertemuan pertama mereka, dan dengan sengaja tidak memberi respons kepada teks Jeong-In sehingga dia harus membayarnya kembali secara peribadi dan bukannya memindahkan wang melalui perbankan dalam talian. Ketika Jeong-In akhirnya kembali ke farmasi, Ji-Ho telah menyatakan minat kepada Jeong-In, namun Jeong-In membalas dia hanya boleh menjadi kawan. Jeong-In memberitahu Ji-ho bahawa dia sedang menjalin hubungan, dan kemudian, dalam perbualan yang sama, Ji-ho mengakui dia adalah seorang bapa tunggal dengan seorang anak lelaki. Ibu bapa tunggal di Korea Selatan masih tidak disukai walaupun pendirian dan persepsi mengenai subjek itu sedang berubah menjadi lebih positif. [5] Sebagai seorang bapa tunggal yang masih muda, Ji-ho harus menghadapi stigma sosial ini dari hampir semua orang sepanjang drama ini. Orang awam, ibu bapa Jeong-in, dan juga rakan-rakannya memandang rendah akan Ji-Ho kerana status duda beliau. Satu-satunya orang yang tidak keberatan tentang status dirinya adalah Jeong-in.
Jeong-in menjalin hubungan jangka panjang dengan Gi-seok, dan kedua ibu bapa mereka telah mendesak mereka untuk berkahwin sejak sekian lama. Satu-satunya masalah adalah Jeong-In masih rasa tidak bersedia untuk komitmen sedemikian, dan dia juga tidak pasti sama ada dia mencintai Gi-seok. Setelah bertemu Ji-ho, Jeong-in mula merasa lebih ragu-ragu untuk berkahwin dengan Gi-seok.
Ji-ho dan Jeong-in menyedari betapa sukarnya untuk menjalin hubungan antara satu sama lain, jadi mereka berhasrat untuk membiarkan takdir untuk menetukan nasib mereka. Namun, ketegangan antara mereka berdua semakin berat kerana Ji-ho tidak dapat menafikan perasaannya terhadap Jeong-in dan Jeong-in berjuang untuk melupakan perasaannya terhadap Ji-ho. Sering kali Jeong-In menelefon Ji-Ho dan mahu bertemu dengannya tanpa alasan yang jelas. Setelah beberapa lama, Jeong-In memutuskan untuk mengikut gerak hatinya. Ji-ho dan Jeong-in harus membuat keputusan yang tidak selesa, dan masa depan mereka tidak pernah mudah kerana mereka membuktikan kepada ibu bapa mereka dan rakan-rakan mereka akan perasaan mereka.
Pelakon | Peranan | Umur | Penerangan |
---|---|---|---|
Han Ji-min | Lee Jeong-in | 35 [6] [7] | Pustakawan. |
Jung Hae-in | Yoo Ji-ho | 35 | Ahli farmasi |
Kim Jun-han | Kwon Gi-seok | 38 [8] | Pegawai Bank |
Pelakon | Peranan | Umur | Penerangan |
---|---|---|---|
Im Sung-eon | Lee Seo-in | 36 [9] | Kakak sulung Jeong-in dan pembaca berita. |
Joo Min-kyung | Lee Jae-in | 30 [10] | Adik bongsu Jeong-in dan seorang pelajar universiti. |
Song Seung-hwan | Lee Tae-hak | 61 | Ayah Jeong-in dan pengetua Sekolah Menengah Soo Young. |
Gil Hae-yeon | Shin Hyeong-seon | 60 [11] | Ibu Jeong-in dan suri rumah. |
Lee Sang-hee | Song Yeong-joo | 35 [12] | Rakan sekerja Jeong-in di perpustakaan dan rakannya. |
Yoon Seul | Oh Ha-rin | 30 | Rakan sekerja Jeong-in di perpustakaan. |
Lee Moo-saeng | Nam Si-hoon | 40 | Suami Lee Seo-in dan doktor gigi. |
Pelakon | Peranan | Umur | Penerangan |
---|---|---|---|
Oh Man-suk | Yoo Nam-soo | 62 [11] | Ayah Ji-ho. Dia adalah pemilik bersama kedai dobi. |
Kim Jung-young | Go Sook-hee | 58 | Ibu Ji-ho. Dia adalah pemilik bersama kedai dobi. |
Ha Yi-an | Yoo Eun-u | 6 | Anak Ji-ho. |
Seo Jeong-yeon | Wang Hye-jung | 40 | Rakan sekerja dan rakan baik Ji-ho. |
Lee Yoo-jin | Lee Ye-seul | 23 | Rakan sekerja Ji-Ho dan pelajar sambilan. |
Lim Hyun-soo | Choi Hyun-soo | 35 | Rakan Ji-Ho dan kerani bank. Bekerja di bank yang sama dengan Kwon Gi-seok. Pergi ke sekolah dengan Ji-ho, Gi-seok, dan Yeong-jae. |
Lee Chang-hoon | Park Yeong-jae | 35 [13] | Kawan baik Ji-Ho dan pelajar. Juga berkawan dengan Hyun-soo. Pergi ke sekolah dengan Ji-ho, Gi-seok, dan Hyun-soo. |
Pelakon | Peranan | Umur | Penerangan |
---|---|---|---|
Kim Chang-wan | Kwon Young-kook | 65 [11] | Bapa Kwon Gi-seok. |
One Spring Night OST | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai artis | |
Tempat | Korea Selatan ![]() |
Genre | Soundtrack |
Bahasa | Korean, English |
Pengedar | Perbadanan Penyiaran Munhwa dan Netflix ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
No. | Tajuk | Artis | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "No Direction" | Rachael Yamagata | 3:54 | |
2. | "Spring Rain" | Oscar Dunbar | 4:19 | |
3. | "Is It You" | Rachael Yamagata | 4:33 | |
4. | "We Could Still Be Happy" | Rachael Yamagata | 4:39 | |
5. | "Spring Waltz" | Carla Bruni | 4:16 | |
Ep. | Tarikh siaran asal | Taburan purata penonton | ||
---|---|---|---|---|
AGB Nielsen[16] | TNmS | |||
Seluruh negara (Korea Selatan sahaja) | Seoul | Seluruh negara (Korea Selatan sahaja) | ||
1 | 22 Mei 2019 | 3.9% (NR) | 4.6% (NR) | 4.1% |
2 | 6.0% (13th) | 7.0% (10th) | 6.2% | |
3 | 23 Mei 2019 | 3.6% (NR) | 4.3% (NR) | 4.5% |
4 | 5.6% (16th) | 6.3% (12th) | 6.1% | |
5 | 29 Mei 2019 | 4.0% (NR) | — | 4.2% |
6 | 6.1% (13th) | 7.1% (10th) | 5.9% | |
7 | 30 Mei 2019 | 4.4% (NR) | — | 4.4% |
8 | 6.4% (16th) | 7.4% (9th) | 5.8% | |
9 | 5 Jun 2019 | 4.5% (NR) | 5.5% (17th) | — |
10 | 6.5% (12th) | 7.9% (7th) | 5.9% | |
11 | 6 Jun 2019 | 6.8% (13th) | 8.0% (9th) | |
12 | 8.4% (8th) | 9.8% (4th) | 7.3% | |
13 | 12 Jun 2019 | 5.1% (NR) | 5.5% (20th) | 4.1% |
14 | 7.0% (10th) | 7.7% (7th) | 5.9% | |
15 | 13 Jun 2019 | 5.4% (18th) | 5.8% (13th) | 6.0% |
16 | 7.0% (11th) | 7.6% (9th) | 7.1% | |
17 | 19 Jun 2019 | 5.0% (NR) | 5.9% (17th) | 5.4% |
18 | 8.1% (6th) | 9.4% (4th) | 7.7% | |
19 | 20 Jun 2019 | 6.1% (14th) | 7.3% (11th) | 5.6% |
20 | 7.7% (7th) | 8.9% (5th) | 7.6% | |
21 | 26 Jun 2019 | 6% (17th) | 6.7% (14th) | 5.8% |
22 | 7.9% (7th) | 8.9% (5th) | 7.8% | |
23 | 27 Jun 2019 | 6.0% (14th) | 6.7% (12th) | 6.0% |
24 | 8.0% (8th) | 8.9% (6th) | 7.3% | |
25 | 3 Julai 2019 | 5.5% (17th) | 6.4% (12th) | — |
26 | 7.8% (6th) | 9.2% (4th) | 7.1% | |
27 | 4 Julai 2019 | 6.0% (14th) | 6.9% (9th) | 5.1% |
28 | 7.9% (6th) | 9.0% (5th) | 6.9% | |
29 | 10 Julai 2019 | 6.2% (18th) | 7.7% (9th) | 5.8% |
30 | 8.0% (7th) | 9.5% (3rd) | 7.4% | |
31 | 11 Julai 2019 | 7.4% (8th) | 8.7% (8th) | 6.0% |
32 | 9.5% (6th) | 10.8% (2nd) | 7.5% | |
Purata | 6.37% | —[b] | —[c] |
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama "Cast" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza