Ong Keng Yong

Ong Keng Yong
Ong di Halifax International Security Forum 2017
11th Secretary General of the Association of Southeast Asian Nations
Dalam jawatan
January 1, 2003 – December 31, 2007
Didahului olehRodolfo Severino Jr.
Digantikan olehSurin Pitsuwan
Spokesperson, Ministry of Foreign Affairs (Singapore)
Dalam jawatan
1996–1998
High Commissioner to India, Republic of Singapore
Dalam jawatan
1998–1995
High Commissioner to Malaysia, Republic of Singapore
Dalam jawatan
July 2011 – November 2014
Non-Resident Ambassador to the Islamic Republic of Iran
Dalam jawatan
February 2009 – July 2011
Menyandang jawatan
January 2015
Maklumat peribadi
Lahir (1955-01-06) 6 Januari 1955 (umur 69)
Singapore
Tempat belajarUniversity of Singapore
Georgetown University
Bidang pengkhususanDiplomat

Ong Keng Yong ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dari tahun 2003 hingga 2007

Sertai Bersih 3.0

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2012, Wisma Putra memanggil beliau berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi Singapura dalam Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyatakan penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

Sememangnya perkara ini telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik ASEAN kini kian berkembang.[1] [2] Mereka dilaporkan sebagai pemerhati perkembangan politik sahaja , tidak berbaju kuning dan tidak berada di Dataran Merdeka dan tidak berat sebelah. Diplomat asing lain turut memantau perkembangan politik di Malaysia tetapi tidak pula dipanggil.

Singapura televisyen Channel NewsAsia (CNA) melaporkan bahawa jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata dakwaan itu adalah "tidak berasas".Sebelum ini ada laporan bahawa sesetengah belia telah dilatih di Singapura sebagai tempat mengundi dan ejen mengira bagi pilihan raya umum akan datang Malaysia.[3] Kementerian Luar Singapura menolak dakwaan bahawa Singapura melanggar Konvensyen Vienna. Perkara 41 (1) Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 berbunyi:" Singapura juga menolak permohonan untuk mengadakan perhimpunan Bersih serentak pada 28 April 2012 lalu. [4]

Wartawan Zaini Hassan dari Utusan Malaysia turut mendedahkan 'campur tangan Singapura' yang cukup memeranjatkan. [5] Antara yang terlibat ialah First Secretary (Political), Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), who wore the ‘regulation’ BERSIH 3.0 yellow T-shirt ; First Secretary (Political), Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg) dan Deputy High Commissioner and Counsellor, Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg). Mereka adalah kakitangan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia yang terletak di Level 15, West Wing, The Icon, No.1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur.[6]