Operasi Yusya', juga dikenal sebagai Operasi Saba',[1] ialah pengangkutan udara orang Yahudi Habsyah pada tahun 1985 dari kem pelarian di Sudan ke Israel.
Yahudi Habsyah melarikan diri ke kem pelarian di Sudan akibat kebuluran teruk di negara mereka. Operasi Musa Israel sebelumnya telah mengangkut 8,000 orang ke Israel dari 21 November 1984, hingga 5 Januari 1985,[2] tetapi ketika berita bocor ke pihak media, di bawah tekanan daripada negara-negara Muslim yang lain, Sudan menyekat penerbangan selanjutnya,[3][4] meninggalkan ramai di Habsyah.
Kesemua 100 senator Amerika Syarikat menandatangani petisyen rahsia kepada Presiden Ronald Reagan, memintanya agar pemindahan diteruskan semula.[3] Naib Presiden George H. W. Bush kemudian mengatur misi susulan yang dipanggil Operasi Yusya'.[1] Pada 22 Mac 1985, enam pesawat pengangkutan C-130 Hercules Angkatan Udara Amerika Syarikat telah dihantar, mendarat berdekatan Al Qadarif. "Sekitar 500", "lebih dari 500" atau "sekitar 650"[4] orang Yahudi telah dikesan dan diangkut ke Lapangan Terbang Ovda di selatan Israel.