Operasi Zipper | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua | |||||||
Laksamana Muda Jisaku Uozumi menandatangani dokumen penyerahan kalah di atas kapal HMS Nelson pada 2 September 1945. Beliau pengsan selepas itu dan dikejarkan ke hospital. Perhatikan reben bintang Distinguished Service Cross (United Kingdom) yang dimenanginya sebagai sekutu Britain pada Perang Dunia Pertama.[2] | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Tentera Darat ke-14 (Fourteenth Army) Kor ke-XXXIV (India British)[1] | Tentera Darat Kawasan Ke-7 | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Harold Walker[3] Ouvry Roberts | Jisaku Uozumi # | ||||||
Kekuatan | |||||||
42,651 infantri[4] 2 kapal induk pesawat udara pengiring 1 kapal tempur 1 kapal penjajap ringan 3 kapal pemusnah 3 kapal pembawa tentera[5] | 26,000 infantri[6] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tiada | 26,000 ditawan |
Operasi Zipper atau bahasa Inggeris: Operation Zipper ialah rancangan British untuk menawan sama ada Port Swettenham (Pelabuhan Klang) atau Port Dickson, di Malaya, sebagai tempat berkumpul bagi menawan semula Singapura, sewaktu Perang Dunia Kedua. Zipper tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan tamatnya perang Pasifik. Namun demikian, beberapa pendaratan di Pulau Pinang dilakukan bertujuan untuk meninjau gerakan Jepun, dan pendaratan-pendaratan ini tidak bertemu tentangan.[7]Rancangan perdayaan serangan ini dipanggil Operation Slippery, sementara satu pasukan Special Operations Executive dipimpin Kapten Ibrahim Ismail (kemudian Jeneral Tun Ibrahim Ismail) yang mendarat pada bulan Oktober 1944 berjaya memperdayakan pihak Jepun yang pendaratan akan dilakukan di Segenting Kra, 650 batu ke arah utara.[8]
Sebaliknya, berikutan penyerahan kalah Jepun, pihak Bersekutu melaksanakan Operasi Tiderace. Armada Bersekutu meninggalkan Rangoon pada 27 Ogos 1945, sebagai sebahagian daripada pasukan Laksamana Madya Harold Walker. Armada yang belayar ke Pulau Pinang digelar Task Force 11,[9] dan terdiri daripada kapal tempur (kapal perang kelas battleship) HMS Nelson, kapal induk pesawat udara (escort carrier)HMS Attacker[10] dan HMS Hunter,[11] kapal perang penjajap ringan (light cruiser) HMS Ceylon, kapal pembinasa (destroyer) HMS Paladin dan HMS Petard, dan dua kapal jenis pendarat tentera infantri (landing ship, infantry).[9]
Armada tiba di Pulau Pinang pada 28 Ogos. HMS Nelson dijadikan kapal laksamana dan surat penyerahan kalah ditandatangani di atas Nelson pada 2 September. Dengan penyerahan kalah Jepun, pasukan Divisyen ke-25 India (British) ditempatkan di Tanah Melayu, dan armada Walker seterusnya belayar ke Singapura dan bergabung dengan konvoi utama.
<ref>
tidak sah, nama "JAPANESE SIGN THE SURRENDER OF PENANG ABOARD HMS NELSON (3/9/1945)" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Bibliografi