Sayap burung Obi | |
---|---|
Jantan, spesimen lekap | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Keluarga: | Papilionidae |
Genus: | Ornithoptera |
Spesies: | O. aesacus
|
Nama binomial | |
Ornithoptera aesacus Ney, 1903
|
Ornithoptera aesacus, iaitu sayap burung Obi,[3] ialah spesies kupu-kupu sayap burung yang amat langka, endemik di Pulau Obira (awalnya Obi), Indonesia.[4] Sungguhpun menjadi spesies yang sangat langka, ia dibiak dan didagangkan secara komersial.
Epitet spesifiknya Ornithoptera aesacus, dinamakan sempena Aesacus, anak sulung Priam.
Huraian asalnya adalah: aesacus Ney, F. (Felix) 1903 as Troides priamus Form aesacus. The full reference is Ney, F. 1903 Eine neue Troides-Form von Obi. Insekten-Börse 20 (5): 36., 1903.
Tempat simpanan bagi empat sintaipnya yang dihimpun oleh J. Waterstradt pada Mei 1902 tidak diketahui. Ia pernah dipegang oleh Hermann Rolle, yang sebahagian himpunannya dijualkan kepada Eugène Le Moult.
Ornithoptera aesacus ialah ahli kumpulan spesies Ornithoptera priamus. Dua spesies ini sangat mirip tetapi O. aesacus jantan mempunyai kilauan biru-firus menggilap.
Pengelasan Ornithoptera aesacus sebagai spesies tidak mendapat sepersetujuan penuh dan terkadang dianggap subspesiesnya Ornithoptera priamus oleh seberapa, seperti Parsons (1996).
Sayap burung Obi endemik dari Pulau di Indonesia.[4] Ia menghuni hutan hujan. Lantaran pembalakan berterusan di pulau tersebut, pemuliharaan spesies ini diberikan perhatian, dan dikelaskan sebagai 'terjejas' oleh IUCN.[1] Dua belas tahun lalu ia ialah spesies sayap burung terlangka di dunia. Ia kekal terancam namun turut dibiakkan secara komersial.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ornithoptera aesacus |