Oğuzhan Asiltürk | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Penasihat Tertinggi Parti Saadah | |
Dalam jawatan 2011 – 1 Oktober 2021 | |
Menteri Perusahaan dan Teknologi Turki | |
Dalam jawatan 21 Julai 1977 – 5 Januari 1978 | |
Presiden | Fahri Korutürk |
Perdana Menteri | Süleyman Demirel |
Didahului oleh | Tarhan Erdem |
Digantikan oleh | Orhan Alp |
Menteri Dalam Negeri Turki | |
Dalam jawatan 31 Mac 1975 – 11 April 1977 | |
Presiden | Fahri Korutürk |
Perdana Menteri | Süleyman Demirel |
Didahului oleh | Mukadder Öztekin |
Digantikan oleh | Sabahattin Özbek |
Dalam jawatan 26 Januari 1974 – 17 November 1974 | |
Presiden | Fahri Korutürk |
Perdana Menteri | Bülent Ecevit |
Didahului oleh | Mukadder Öztekin |
Digantikan oleh | Mukadder Öztekin |
Ahli Parlimen Turki | |
Dalam jawatan 14 November 1991 – 1 Oktober 2002 | |
Kawasan pilihan raya | Malatya (1991, 1995, 1999) |
Dalam jawatan 24 Oktober 1973 – 12 September 1980 | |
Kawasan pilihan raya | Ankara (1973, 1977) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 25 Mei 1935 Hekimhan, Turki |
Mati | 1 Oktober 2021 Ankara, Turki | (umur 86)
Kewarganegaraan | Turki |
Parti politik | Parti Penyelamat Negara (MSP) Parti Kesejahteraan (RP) Parti Kebaikan (FP) Parti Saadah (SP) |
Oğuzhan Asiltürk (25 Mei 1935 – 1 Oktober 2021) ialah seorang ahli politik Turki.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Perusahaan dan Teknologi dan Menteri Dalam Negeri Turki[2]. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Tertinggi Parti Saadah, menggantikan Najmuddin Erbakan.[3]
Asiltürk menghadiri sekolah menengah di Malatya. Beliau menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan di Universiti Teknik Istanbul dan memulakan kerjayanya sebagai jurutera dan perunding bebas. Beliau berkahwin dengan Sevinç Asiltürk, dan dikurniakan empat orang anak.[4]
Asiltürk telah dipilih menyertai Dewan Himpunan Agung Kebangsaan Turki (Parlimen Turki) pada 1973, mewakili Ankara. Ketika berkhidmat, beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang berkhidmat pada 1974 dan 1975 hingga 1977. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Perusahaan dan Teknologi dari 1977 hingga 1978. Beliau telah diharamkan daripada terlibat dalam politik selama 10 tahun pada 1980. Pengharaman tersebut terlerai berikutan Referendum Perlembagaan Turki 1987 dan beliau menjadi Setiausaha Agung bagi Parti Kesejahteraan. Pada 1991, beliau sekali lagi terpilih menyertai Parlimen mewakili Malatya dan menyertai Parti Kebaikan. Beliau menjadi ahli Parlimen sehingga 2002.
Susulan kematian Najmuddin Erbakan, Asiltürk menyertai Parti Saadah dan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat parti tersebut.[5] Pada 13 September 2021, Asiltürk dimasukkan ke Hospital Bandar Ankara, Bilkent disebabkan kesukaran bernafas akibat COVID-19.[6] Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Oktober 2021, di usia 86 tahun.[7][8]