Pakatan Biak-na-Bato | |
---|---|
Jenis | Perjanjian damai, pengampunan umum |
Ditandatangani | 14 Disember 1897 di San Miguel, Bulacan di Pulau Luzon, Filipina |
Penandatangan | Kerajaan Sepanyol Republik Filipina |
Bahasa | Sepanyol, Tagalog |
sunting |
Pakatan Biak-na-Bato ditandatangani pada 14 Disember 1897,[1] sebagai suatu gencatan senjata antara pihak penjajah Sepanyol yang diwakili Gabenor Jeneral Fernando Primo de Rivera dengan pemimpin revolusi Emilio Aguinaldo bagi mengakhiri Revolusi Filipina. Aguinaldo dan rakan-rakan revolusionernya telah diberikan pengampunan dan bayaran ganti rugi oleh kerajaan Sepanyol manakala pemerintah revolusioner akan dibuang negeri ke Hong Kong sebagai pertukaran. Aguinaldo telah memutuskan untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli senjata api dan peluru terlebih dahulu sebelum kembali ke kepulauan Filipina.[2]:49[3]:232
Pakatan ini telah ditandatangani di San Miguel, Bulacan, di rumah Pablo Tecson, kapten revolusioner Filipina yang berkhidmat sebagai Brigadier Jeneral 'Brigada Del Pilar' iaitu sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh Gregorio del Pilar ketika Revolusi tersebut.