Pakma tikus | |
---|---|
![]() | |
Gambaran Rhizanthes (ketika itu disebut Brugmansia, nama yang kini merujuk genus tumbuhan Brugmansia yang tak berkait), dari Der Bau und die Eigenschaften der Pflanzen (1913). | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malpighiales |
Keluarga: | Rafflesiaceae |
Genus: | Rhizanthes Dumort.[1] |
Spesies jenis | |
Rhizanthes zippelii | |
Sinonim[2] | |
Pakma tikus[3] ialah tumbuhan berbunga parasit genus Rhizanthes dalam keluarga Rafflesiaceae yang ada empat spesies. Ia tidak mempunyai daun, batang, akar mahupun tisu fotosintesis, dan tumbuh pada akar beberapa spesies pepanjat Tetrastigma. Spesiesnya terbatas di hutan tropika Asia Tenggara. Bunga Rhizanthes sangat besar, berubah-ubah daripada 14 ke 43 cm garis pusat. Paling tidak, satu spesies Rhizanthes iaitu Rh. lowii endotermik.
Nama Latinnya terbit daripada gabungan perkataan Yunani Kuno ῥίζα (dibaca rhíza), bermaksud 'akar', dengan perkataan ἄνθος (anthos) yang bermaksud 'bunga'.
Nama Melayu tempatan yang dipakai untuk Rhizanthes zippelii menurut Betty Molesworth Allen pada 1967 ialah 'bunga pakma' dan 'bunga padma',[4] mungkin jika diubah taksonominya, nama tersebut sebenarnya boleh merujuk mana-mana spesies selain Rh. zippelii. Genus ini turut disebut 'pakma tikus' lantaran bentuk kelopaknya yang lebih tirus menyamai muncung tikus dan ukurannya lebih kecil berbanding pakma biasa.[3]
Bunga Rhizanthes sangat besar, berubah-ubah daripada 14 ke 43 cm garis pusat.[5] Bunganya tak berbau ketika sulung kali kembang, namun baunya nanti semakin kohong dan hamis menyamai bau bangkai reput.[6]
Paling tidak satu spesies Rhizanthes iaitu R. lowii endotermik. Ia bukan hanya mampu mengeluarkan haba sendiri, namun berkebolehan aneh melaraskan suhunya.[7]
Satu-satunya tumbuhan yang sedikit menyamai Rhizanthes adalah dalam genus Rafflesia, namun bunga raflesia yang sama gergasi dan berbau busuk itu ada lima cuping sari salut (kelopaknya). Rhizanthes sebaliknya ada lebih – selalunya 14 ke 18 cuping, dengan bilangan yang berubah-ubah.[6] Cuping ini lagi pula berlainan dengan berhujungkan jalur panjang yang terjuntai.[4] Dengan tekstur dan warna bak kulit, bunga ini terlihat menyamai seekor kurita bulat besar yang mati terkapar.
Dalam semakan terbaru genus ini, Hans Bänziger dan Bertel Hansen mengakui spesies berikut pada 2000:[5]
Menurut penerapan lilit baru Bänziger dan Hansen, spesimen yang dikumpul di Jawa adalah Rh. Zippelii, sedangkan spesimen yang dikumpul di Borneo adalah Rh. lowii. Yang dikumpul di Sumatera pula sama ada Rh. deceptor atau Rh. infanticida, dan yang dikumpul di selatan Thailand atau barat Malaysia adalah Rh. infanticida.[5]