Paku acu

Paku acu
Rough trunked palm-like small tree with upright fronds and orange male cone
Pokok jantan dengan strobilus, atau
kerucut, di Taman Botani Berlin
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Gimnosperma
Divisi: Cycadophyta
Kelas: Cycadopsida
Order: Cycadales
Keluarga: Cycadaceae
Genus: Cycas
Spesies:
C. rumphii
Nama binomial
Cycas rumphii
Taburan
Sinonim
  • Cycas celebica Miq.
  • Cycas corsoniana D.Don
  • Cycas recurvata Blume ex J. Schust.
  • Cycas sundaica Miq. ex J. Schust.
  • Zamia corsoniana G.Don

Paku acu atau pakis [h]aji dengan nama saintifik Cycas rumphii ialah tumbuhan benih terbuka berumah dua, iaitu spesies sikad dalam genus Cycas yang Indonesia, New Guinea dan Pulau Christmas. Sunguhpun tampilnya bak palma ia bukanlah palma.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]
Kulit kayu

Sikad ini pokok kecil yang tumbuh sekitar 10 m (33 ka) ketinggian, dengan garis pusat batang melebihi 40 cm (16 in). Kulit kayunya kelabu dan merekah secara tersendiri menjadi penggalan segi empat tepat, atau bentuk berlian. Daunnya tumbuh daripada silara – pelepah bak palma, berkilat, hijau cerah 1.5–2.5 m (4.9–8.2 ka) panjang, dengan 150–200 anak daun di setiap pelepah. Tangkai berdurinya 35–60 cm (14–24 in) panjang. Strobilus pokok jantannya, atau kerucut, lonjong buntar, 30–60 cm (12–24 in) panjang, berwarna jingga dan berbau kohong. Megasporofil betina pula sekitar 30 cm panjang, berisi, perang dan agak berambut, dengan kawasan subur sekitar 35 mm (1.4 in) lebar. Benihnya 45 mm panjang dan 30 mm lebar, masak daripada perang jingga ke kemerahan.[2][3]

Tradisi lisan masyarakat kaki Pegunungan Muria menyebutkan bahawa berlakunya serangan tikus hebat yang mengancam padi tanaman mereka tetapi akhirnya diusir selepas disusun kayu pakis haji dikupas atas nasihat Sunan Muria;[4] ada yang mempercayai bahawa tikus takut pada kayu pakis haji karena menyerupai kulit ular sanca kembang.[5]

  1. ^ Hill, K.D. (2010). "Cycas rumphii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2010: e.T42081A10623127. Dicapai pada 26 June 2022.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama tcp
  3. ^ "Cycas rumphii Miq". Flora of Australia Online. Australian Biological Resources Study. 1993. Dicapai pada 2010-12-02.
  4. ^ Faza 2021, m/s. 153–154.
  5. ^ Faza 2021, m/s. 155.
Sumber