Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik ini untuk semua tempat. |
Pandemik COVID-19 di Guam | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Guam |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, Republik Rakyat China |
Tarikh ketibaan | 15 Mac 2020 (4 tahun, 6 bulan dan 2 hari lalu) |
Kes yang disahkan | 141 |
Sembuh | 128 |
Kematian | 5 |
Pandemik koronavirus di Guam pertama kali disahkan pada 15 Mac 2020, iaitu tiga kes awal. Sehingga 25 April 2020, ia telah disahkan terdapat 141 kes positif, 128 kes pemulihan dan 5 kes kematian akibat COVID-19 di Guam.[1]
Pandemik koronavirus ialah pandemik yang disebabkan oleh koronavirus (COVID-19) dan menyerang sistem pernafasan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudian mengumumkan pandemik koronavirus sebagai pandemik dunia pada 11 Mac 2020.[2]
Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa novel koronavirus ialah penyebab penyakit pernafasan kepada sekumpulan orang di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.[3][4]
Nisbah kematian kes untuk COVID-19 lebih rendah daripada SARS 2003,[5][6] tetapi penyebarannya jauh lebih besar, dengan jumlah kematian yang besar.[7][5]