Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik ini untuk semua tempat. |
Pandemik koronavirus (COVID-19) di New Caledonia | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | New Caledonia |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, Republik Rakyat China |
Kes indeks | Nouméa |
Tarikh ketibaan | 18 Mac 2020 (4 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 5 hari lalu) |
Kes yang disahkan | 15 |
Sembuh | 0 |
Kematian | 0 |
Pandemik koronavirus 2019–20 atau pandemik COVID-19 ialah peristiwa wabak penyakit yang disebabkan oleh salah satu koronavirus jenis baru yang diberi nama SARS-CoV-2.[1] Virus ini pertama kali dikesan di Wuhan, Hubei, Republik Rakyat China pada 17 November 2019.[2][3] Pesakit yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami demam, batuk kering, dan kesukaran bernafas.[4][5] Bagi pesakit yang paling mudah dijangkiti, penyakit ini boleh menyebabkan radang paru-paru dan kegagalan pelbagai organ.[6] Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom, mengumumkan bahawa pandemik koronavirus sebagai pandemik dunia pada 11 Mac 2020.[7][8][9]
Kes pandemik koronavirus pertama di New Caledonia dilaporkan pada 18 Mac 2020 di Nouméa. Sehingga 31 Mac 2020, telah disahkan bahawa terdapat 15 kes positif COVID-19 di New Caledonia.