Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik ini untuk semua tempat. |
Pandemik COVID-19 di Polinesia Perancis | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Polinesia Perancis |
Kes indeks | Tahiti |
Tarikh ketibaan | 11 Mac 2020 (4 tahun, 11 bulan dan 2 hari ago) |
Kes yang disahkan | 39[1] |
Sembuh | 0 |
Kematian | 0 |
Pandemik koronavirus 2019–20 disahkan sampai ke kolektiviti seberang laut Perancis di Polinesia Perancis pada bulan Mac 2020.
Ralat Lua: bad argument #1 to 'len' (string expected, got nil). Pada 11 Mac, kes pertama COVID-19 di Polinesia Perancis disahkan. Pesakit pertama ialah Maina Sage, seorang ahli Perhimpunan Kebangsaan Perancis.[3]
Bilangan kes yang dilaporkan meningkat hingga tiga pada 13 Mac.[4]
Kes koronavirus baru yang lain melibatkan seorang pelancong Switzerland yang ja5uh sakit di atol Fakarava di Tuamotus. Menurut Televisyen Tahiti Nui, pelancong tersebut juga tiba di Polinesia Peranacis pada hujung minggu yang lalu. Individu tersebut telah terbang balik ke Tahiti di mana ujian mengesahkan jangkitannya. Sementara itu, Polinesia Perancis telah menangguhkan pelancongan kapal persiaran selama sebulan. Kerajaan telah mengeluarkan suatu kenyataan mengatakan kapal menuju ke Polinesia Perancis dirancang perjalanan ke pelabuhan antarabangsa pilihan mereka yang seterusnya. Kapal-kapal di dalam perairan wilayah Polinesia Perancis diarahkan menuju ke Papeete bagi penumpang turun dan dihantar balik. Sebelum masuk ke dok, status kesihatan penumpang perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.[5]
Tiga kes baru disahkan pada 18 Mac,[6] dan lima orang pada 19 Mac.[7]
Pada 20 Mac, sekatan keluar masuk mandatori diumumkan, bermula pada tengah malam.[8]
Bermula pada 24 Mac, minuman beralkohol diharamkan daripada dijual.[9]
Pada 27 Mac 2020, Pesuruhjaya Tinggi Perancis Dominique Sorain dan Presiden Polinesia Perancis bersama mengumumkan perintah berkurung akan dikenakan, berpajangan dari 8 malam hingga 5 pagi pada hari berikutnya, bermula hari ini hingga 15 April.[10]