Para Pencari Tuhan

Para Pencari Tuhan
Genre
Dibangunkan oleh
PT Demi Gisela Citra Sinema
Ditulis oleh
  • Wahyu H.S. (musim 1–8)
  • Amiruddin Olland (musim 9–15)
  • Syaikhu Luthfi (musim 12–15)
Pengarah
  • Deddy Mizwar & Kiki ZKR (musim 1–7, 9, 12)
  • Erick Sawung (musim 8, 10–12)
  • Jerry Asfar (musim 10)
  • Tito Kurnianto (musim 14–16)
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Ungu & Gigi
Lagu pembukaan
Lagu penutup
Negara asalIndonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan musim16
Bilangan episod424
Penerbitan
Penerbit
Tempoh siaran40–45 menit
Penyiaran
Saluran asalSCTV
Format gambar
Siaran asal13 September 2007 (2007-09-13) – sekarang

Para Pencari Tuhan ialah sinetron Indonesia yang ditayangkan setiap hari selama bulan Ramadan di SCTV sejak 2007. Sinetron ini diproduksi oleh PT Demi Gisela Citra Sinema, ditulis oleh Wahyu H.S. (penulis Lorong Masa dan Demi Masa), Amiruddin Olland, Syaikhu Luthfi dan disutradarai oleh Deddy Mizwar, Kiki ZKR dan Tito Kurnianto. Secara garis besar, sinetron ini menceritakan kehidupan seorang pengurus surau bernama Bang Jack (Deddy Mizwar) yang membawa orang-orang di sekitarnya ke arah ajaran agama Islam.

Para Pencari Tuhan ditayangkan semasa masa sahur mula pukul 02:30 WIB sehingga 04:30 WIB dalam musim 1–6, pukul 03:00 WIB sehingga 04:30 WIB ketika musim 7, pukul 03:00 WIB sehingga 04:15 WIB pada musim 8–13, dan mula pukul 02:45 WIB sehingga 04:30 WIB pada musim 14–15. Selama penayangannya, sinetron ini diselingi dengan kuiz pada awal, tengah, dan akhir sinetron dengan hadiah jutaan rupiah. Sehingga 2023, sudah terdapat 16 musim Para Pencari Tuhan yang ditayangkan. Selama penayangannya, sinetron ini telah menerima beberapa anugerah, termasuk Festival Filem Bandung untuk Sinetron Terbaik pada 2008, dan beberapa Anugerah Komisi Penyiaran Indonesia untuk program drama siri. Oleh kerana tempoh penayangannya yang begitu lama, Para Pencari Tuhan menerima rekod Museum Rekod Indonesia bagi Siri Religi Ramadan Berterusan Terlama pada 2023.

Utama dan Berulang

[sunting | sunting sumber]
  • Deddy Mizwar sebagai Bang Jack (musim 1-16)
  • Aden Bajaj sebagai Barong (musim 1-10)
  • Isa Bajaj sebagai Juki (musim 1-10)
  • Melky Bajaj sebagai Chelsea (musim 1-10)
  • Zaskia Adya Mecca sebagai Aya (musim 1-11)
  • Agus Kuncoro sebagai Azzam (musim 1-11)
  • Akri Patrio sebagai Ustad Ferry (musim 1-11)
  • Annisa Suci sebagai Haifa (musim 1-11)
  • Artta Ivano sebagai Kalila (musim 1-11)
  • Deliana Siahaan sebagai Mak Juki (musim 1-11)
  • Idrus Madani sebagai Pak RW Idrus (musim 1-11)
  • Joes Terpase sebagai Pak RT Joes (musim 1-13)
  • Hakim Ahmad sebagai Pak Bendahara Hakim (musim 1-13)
  • Asrul Dahlan sebagai Asrul (musim 1-16)
  • Udin Nganga sebagai Bang Udin (musim 1-16)
  • Jarwo Kwat sebagai Pak Jalal (musim 1-16)
  • Irma Annisa sebagai Bu Jalal (musim 1-16)
  • Mira Zayra sebagai Mira (musim 1-13)
  • Tora Sudiro sebagai Baha (musim 2-3), Badar (musim 16)
  • Sheila Purnama sebagai Sheila (musim 2-7)
  • Jolene Marie sebagai Mary (musim 4)
  • Henidar Amroe sebagai Widya (musim 5-11)
  • Irma De Vanty sebagai Mimih Herlina (musim 5-7)
  • Erma Zarina sebagai Loli (musim 3-13&16)
  • Slamet Rahardjo sebagai Wijoyo (musim 6-11)
  • Vitta Mariana sebagai Heli (musim 6-11)
  • Fachri Albar sebagai Fachri (7-8)
  • Andi Bersama sebagai Uak Yongki (musim 8)
  • Epy Kusnandar sebagai Tukang Bubur (musim 8)
  • Alfie Alfandy sebagai Domino Febrianto (8-11)
  • Teddy Syah sebagai Azmi (musim 10)
  • Jaja Mihardja sebagai Haji Jaja (musim 10)
  • Inneke Koesherawati sebagai Dewi (musim 10)
  • Rendy Kjaernett sebagai Borang (musim 11)
  • Nurul Qomar sebagai Haji Balotelli (musim 11), Abah Nyinyi (musim 12)
  • Dimas Anggara sebagai Fadhli (musim 12)
  • Dina Lorenza sebagai Nurlaela (musim 12)
  • Sania Velova sebagai Putri (musim 12)
  • Silvia Anggraini sebagai Alya (musim 12-13)
  • Miqdad Addausy sebagai Viral (12-14)
  • Irfan Siagian sebagai Maing (musim 12-14)
  • Rochman Esbeye sebagai Sukarni Bombi Yusenberg (musim 12-14)
  • Totos Rasiti sebagai Atep (musim 12-14)
  • Ujang Ronda sebagai Ajung (musim 12-14)
  • Nadya Fricella sebagai Hera (musim 12&14)
  • Bella Nurmala sebagai Sifa (musim 13)
  • Adinda Dei sebagai Ocie (musim 13)
  • Andi Annisa sebagai Anna (musim 13)
  • Arman Hidayat sebagai Sobirin (musim 13)
  • Agung Putra Prawira Nugraha sebagai Apip (musim 13)
  • Kukuh Prasetya sebagai Bahrudin (musim 13)
  • Syakir Daulay sebagai Ustad David (musim 13-14)
  • Betari Ayu sebagai Zahro (musim 13-15)
  • Yasamin Jasem sebagai Alexa (musim 13-14)
  • Ozzol Ramdan sebagai Ujang (musim 13&15)
  • Angel Lisandi Putri sebagai Putri Sandi Angel (musim 14)
  • Linda Ramadhanty sebagai Asma (musim 14)
  • Edwin Superbejo sebagai Kunang (musim 14)
  • Ery Makmur sebagai Ipong (musim 14)
  • Alodya Desi sebagai Mulan Safira (musim 14)
  • Vizza Dara sebagai Maya Estira (musim 14)
  • Meriel Jessica sebagai Pepi (musim 14)
  • Unang Bagito sebagai Kardiman (musim 14)
  • Ingrid Widjanarko sebagai Nenek (musim 14)
  • Tio Pakusadewo sebagai Galaksi bin Bimasakti/Bang Galak (musim 15-16)
  • Ira Wibowo sebagai Karmila (musim 15-16)
  • Lavicky Nicholas sebagai Habib (musim 15)
  • Bimasena Prisai Susilo sebagai Ali Verpool (musim 15)
  • Dinda Kirana sebagai Matahari (musim 15)
  • Salma Paramitha sebagai Bulan (musim 15)
  • Yurike Prastika sebagai Mak Dharti (musim 15)
  • Opie Kumis sebagai Pak Amor (musim 15)
  • Cok Simbara sebagai Pak Netral (musim 15)
  • Tohir Jokasmo sebagai Pak Tohir (musim 15)
  • Arswendy Bening Swara sebagai Pak Nasib (musim 15)
  • Ridwan Ghani sebagai Soni (musim 15)
  • Dea Lestari sebagai Lara (musim 15)
  • Andre Taulany sebagai Deo (musim 15)
  • Maudy Koesnaedi sebagai Nurjannah (musim 15)
  • Sakurta Ginting sebagai Joni Sakura (musim 15)
  • El Manik sebagai Haji Soleh (musim 16)
  • Renaga Tahier sebagai Sultan Nusantara/King (musim 16)
  • Edbert Destiny sebagai Dobleh (musim 16)
  • Cindy Nirmala sebagai Palupi/Cupi (musim 16)
  • Faiz Vishal sebagai Gembel (musim 16)
  • Janis Aneira sebagai Isyana Solehati (musim 16)
  • Temon Templar sebagai Ronald (musim 16)
  • Shahnaz Haque sebagai Ira (musim 16)
  • Keanu Azka sebagai Triadi (musim 16)
  • Tsana Zakiyah sebagai Dwi Yanti (musim 16)
  • Juan Hendry sebagai Jimmy (musim 16)
  • Donny Damara sebagai Raja Nusantara (musim 16)

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Otis Pamutih sebagai Bang Yongki
  • Anggia Jelita sebagai Marni
  • Juk Ng sebagai Juk Ng/Jueng
  • Aty Cancer Zein sebagai Nenek Febri
  • Hafifi TB sebagai Hafifi
  • Dara Rulyant sebagai Dara
  • Bambang Chandra Bayu sebagai Tukang Ojek
  • Linda Leona sebagai Linda
  • Yanto Tampan sebagai Bang Acip
  • Junaedi sebagai Junaedi
  • Rio Pratama sebagai Rio
  • Siti Qomariah sebagai Siti
  • Clara Clarissa sebagai Anak Ke 2 Asrul
  • Revaldo sebagai Dika
  • Kadir sebagai Kadir
  • Faiz Vishal sebagai Marsel

Pengeluaran

[sunting | sunting sumber]

Pembikinan dan penulisan cerita

[sunting | sunting sumber]

Syuting jilid-jilid awal Para Pencari Tuhan dilakukan di Mushola At-Taufiq, Jatiasih, Bekasi.[1] Rangkaian penggambaran musim2 diakhiri dengan kegiatan buka puasa bersama-sama di surau tersebut.[2]

Pengeluaran musim 3 bermula pada Februari 2009. Semasa diwawancara pada 26 Ogos 2009, Deddy Mizwar mengatakan bahawa masih terdapat 10 episod yang belum selesai.[3]

Penggambaran bagi musim 4 sudah bermula sejak Jun 2010. Menurut Melki Bajaj, pengambilan gambar satu episod boleh memerlukan masa hingga satu minggu.[4]

Penggambaran bagi musim 9 bermula pada Februari 2015. Oleh kerana Deddy Mizwar pada semasa itu merupakan Timbalan Gabenor Jawa Barat, penggambaran dilakukan di luar tempoh tugasan Deddy. Menurut Deddy, cerita dalam musim tersebut tidak bersambung dari awal sehingga akhir jilid, tetapi berganti setiap satu atau dua episod.[5]

Penggambaran musim 12 berakhir sekitar sepuluh hari sebelum lebaran, manakala jalan ceritanya sudah selesai lama sebelum itu.[6][7]

Syuting Para Pencari Tuhan Jilid 15 dilakukan mula 1 November 2021 dan berlangsung selama 130 hari. Deddy Mizwar mengatakan bahawa bahawa beliau tidak ingin melakukan penggambaran secara terburu-buru untuk menjaga kualiti sinetronnya.[8] Berkait penulisan ceritanya, Deddy mengatakan bahawa tema yang diangkatnya dalam musim ini ialah para ibu bapa, bagaimana mereka bersiap menghadapi kematian, dan anak-anak mereka.[9]

Selepas Ahmad Heryawan mencatat kemenangan pilihan raya Gabenor Jawa Barat 2013. Deddy Mizwar sebagai Timbalan Gabenor, mengonfirmasi bahawa beliau akan tetap menjadi pelakon dalam Para Pencari Tuhan.[10]

Sebelum penayangan musim 13, Deddy Mizwar mengatakan bahawa pelakon lama banyak yang berhenti muncul kerana banyak di antara mereka, contohnya Idrus Madani dan Agus Kuncoro, yang dipekerjakan oleh studio pengeluaran lain. Selain itu, Deddy juga menyebutkan bahawa sukar memasukkan tokoh ketika mana jalan cerita mereka sudah selesai.[11] Hal serupa disebutkan oleh Deddy sebelum penayangan musim 15; menurutnya, penceritaan tokoh lama hanya akan mengulang-ulang tema yang sama sahaja.[12]

Lagu tema pertama Para Pencari Tuhan ialah "Para Pencari-Mu" yang dibawakan oleh kumpulan muzik Indonesia Ungu. Selain pada musim pertama, lagu ini juga dipakai pada musim 9 dan 11. Bagi musim 15, pihak Para Pencari Tuhan meminta Ungu menggubah kembali lagu "Para Pencari-Mu" untuk dijadikan lagu tema lagi.[13]

Pada Jilid 3, Para Pencari Tuhan mula bekerja sama juga dengan kumpulan muzik Gigi bagi lagu tema.[14] Untuk membuat lagu-lagu untuk sinetron ini, Gigi bekerjasama dengan Deddy Mizwar untuk mendapati perkaitan lagu, cerita sinetron, dan latar belakang Indonesia.[15][16] Dalam musim itu, lagu yang dibawa oleh Gigi ialah "Beribadah Yok".[14] Bagi musim 4, lagu yang dibawakan ialah "Amnesia" yang disebut Armand, bertema orang yang beribadah di siang hari, tetapi melakukan korupsi di malam hari.[16] Ketika Deddy meminta Gigi merakamkan lagu tema lagi di tahun berikutnya, Gigi membawakan lagu "Pemimpin dari Syurga".[17] Untuk jilid berikutnya, Gigi membawakan "Aku dan Aku". Vokalis Gigi, Armand Maulana menciptakan lagu tersebut selepas mendapatkan kesimpulan dari diskusinya dengan Deddy dan mengatakan bahawa tema liriknya berasal dari kalimah, "Manusia berusaha, Tuhan yang menentukan," dan sikap manusia yang merasa "sok ngatur yang sudah teratur."[18] Dalam musim 10, Gigi membawakan lagu berjudul "Gerbang Rahmat-Mu". Hasil kerjasama dengan Deddy tahun ini menghasilkan lagu yang bertema memohon ampun kepada Tuhan, tema yang menurut Armand, lebih meluas berbanding dengan beberapa lagu dalam musim-musim sebelumnya.[16]

Semua musim Para Pencari Tuhan pertama ditayangkan di saluran televisyen SCTV. Sinetron ini juga diedarkan secara digital melalui vidio.com.

Pada 2008, Majlis Ulama Indonesia mengiktiraf Para Pencari Tuhan sebagai cadangan tontonan kerana menilainya sesuai dengan nilai-nilai agama.[19] Pujian serupa kembali diberikan oleh MUI pada tahun 2012.[20]

Pada tahun 2014, lembaga penyelidikan media Remotivi dalam kajian mereka menyebut Para Pencari Tuhan Jilid 7 sebagai salah satu sinetron Ramadan di mana perempuan tidak mempunyai autonomi dalam keputusan mereka.[21]

Ketercapaian

[sunting | sunting sumber]

Menurut data AGB Nielsen, penayangan Para Pencari Tuhan jilid pertama mendapatkan penarafan dalam purata 32%, dan penontonnya merangkumi hampir semua kumpulan umur, baik lelaki mahupun perempuan.[1]

Pihak perhubungan SCTV mengatakan bahawa Para Pencari Tuhan Jilid 3 meraih penarafan 20.7% penonton per episod.[22]

  1. ^ a b Burhani, Ruslan, penyunting (27 September 2007). "Grup Bajaj Belajar Aktor Lewat "Para Pencari Tuhan"". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  2. ^ Ariwibowo, AA, penyunting (12 September 2008). "Melky Bajaj: Sikap Menghormati Bulan Puasa Menipis". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  3. ^ Burhani, Ruslan, penyunting (26 Ogos 2009). "Masalah Terorisme Diselipkan Dalam "Para Pencari Tuhan"". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  4. ^ Sofyan, Eko Hendrawan, penyunting (29 Jun 2010). "Personel Bajaj Sibuk Mencari Tuhan Lagi". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  5. ^ Sudrajat, Ajat (10 Jun 2015). Sidik, Jafar M (penyunting). "Deddy Mizwar nongol lagi di "Para Pencari Tuhan"". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  6. ^ Ester Lince Napitupulu (4 Jun 2019). "Deddy Mizwar Bicara Tentang Perjalanan Hidup Manusia". Kompas.id. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  7. ^ Aditia, Andika (27 Mei 2019). Kistyarini (penyunting). "Shooting Para Pencari Tuhan Rampung, Deddy Mizwar Sebut Timnya Solid". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  8. ^ Denny Marhendri (30 April 2022). "Para Pencari Tuhan Tayang 15 Tahun di SCTV, Ini Cara Deddy Mizwar Jaga Konsistensinya". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 Mei 2022.
  9. ^ Vincentius Mario (1 April 2022). "Deddy Mizwar Angkat Cerita tentang Orangtua di Sinetron Para Pencari Tuhan Jilid 15". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 27 Mac 2023.
  10. ^ Rahardjo, Didit Putra Erlangga (3 Mac 2013). Mulyadi, Agus (penyunting). ""Para Pencari Tuhan" Masih Ada". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  11. ^ Syifa Ismalia (28 April 2020). "Alasan Pemain Lama Tak Ikut Main di Para Pencari Tuhan Jilid 13". Fimela. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  12. ^ Mario, Vincentius (1 April 2022). Aditia, Andika (penyunting). "Alasan Deddy Mizwar Tak Ajak Pemain Lama Sinetron Para Pencari Tuhan untuk Berperan di Jilid 15". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  13. ^ Desy Susilawati (9 Mac 2022). "Enda Ungu: Versi Terbaru Lagu 'Para Pencari-Mu' Lebih Fresh". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
  14. ^ a b "GIGI Geser Ungu di Sinetron 'Para Pencari Tuhan'". detikHot (dalam bahasa Indonesia). 9 Julai 2009. Dicapai pada 28 Mac 2023.
  15. ^ Fajar Adhityo (22 Julai 2011). "Single Religi Gigi Jadi OST 'Para Pencari Tuhan'". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
  16. ^ a b c Rizky Aditya Saputra (10 Mei 2016). "GIGI Kembali Isi Soundtrack Para Pencari Tuhan Jilid 10". Liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
  17. ^ "GIGI Siapkan "Pemimpin dari Sorga"". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). 27 Jun 2011. Dicapai pada 28 Mac 2023.
  18. ^ Fajar Adhityo (20 Julai 2012). "Single Gigi Kembali Jadi Soundtrack Para Pencari Tuhan 6". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
  19. ^ Burhani, Ruslan, penyunting (12 September 2008). "MUI: Banyak Kuis Judi pada Tayangan Ramadhan". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  20. ^ Yudono, Jodhi, penyunting (6 Ogos 2012). "MUI Apresiasi Program Siaran Ramadhan". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  21. ^ Andarningtyas, Natisha (16 Julai 2014). Suryanto (penyunting). "Perempuan tanpa otonomi tercermin dalam sinetron ini". ANTARA News. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  22. ^ "Siar Segar Para Pencari Tuhan". Kompas.com. 30 Ogos 2009. Dicapai pada 17 Mei 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]