Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Makanan |
Ditubuhkan | 17 Oktober 1986 |
Ibu pejabat | Seoul, Korea Selatan |
Tokoh penting | Cho Sang-ho (Ketua Eksekutif) |
Keluaran | Baguette |
Hasil | (2013) |
Pendapatan kendalian | 1.5 milion USD |
Pemilik | SPC Group |
Syarikat induk | SPC Group |
Anak syarikat | Lina's |
Tapak web | https://www.parisbaguette.com/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Paris Baguette ialah rangkaian kedai roti multinasional Korea Selatan, yang dimiliki oleh SPC Group yang beribu pejabat di Seoul. Pada tahun 1986, ia ditubuhkan sebagai anak syarikat Shani Co., Ltd., dan membuka 'Paris Baguette' pertama di Gwanghwamun, Seoul, dan kedai roti mewah pertama 'Paris Croissant' di Itaewon pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1988, jenama francais, Paris Baguette berkembang menjadi kedai roti No. 1 di Korea pada tahun 2004, bercabang kepada anak syarikat tempatan di Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Malaysia dll. Dengan menubuhkan Paris Baguette, ia telah menjadi sebuah syarikat global.
Pada tahun 1988, Paris Croissant melancarkan Paris Baguette, jenama francais kedai roti yang popular. Sehingga Mei 2022, rangkaian itu mempunyai lebih 3,600 kedai runcit di Korea Selatan dan 99 kedai di Amerika Syarikat.[1] Paris Baguette turut melancarkan hampir 185 kedai runcit di China, Vietnam, Singapura dan Perancis.[2]
Caffè Pascucci ialah francais kafe espreso Itali. [3]
Francais lain Paris Croissant termasuk LINA's dan Tamati (sandwic), Passion5 (galeri pencuci mulut kelas atas), L'atelier (restoran kafe). Ia juga mengendalikan Jamba Juice (smoothie) cawangan Korea.[3]
Pada 2022, boikot Paris Baguette berlaku selepas seorang pekerja di kilang yang berada di daerah Pyeongtaek maut digilis mesin pembancuh sos. Sejurus sebelum kejadian, seorang lagi pekerja di kilang itu mengalami kecederaan di tangan mereka akibat mesin pengeluaran tetapi tidak dihantar ke hospital kerana mereka bukan pekerja sepenuh masa. Pelbagai kesatuan sekerja telah mengecam syarikat itu kerana sejarah isu keselamatan dan pemusnahan kesatuan.[4] [5] [6]
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza