Park Chan-ho | |||
---|---|---|---|
Pelempar | |||
Dilahirkan: Gongju, Korea Selatan | 30 Jun 1973|||
| |||
Debut profesional | |||
MLB: 8 April, 1994, untuk Los Angeles Dodgers | |||
NPB: 15 April, 2011, untuk Orix Buffaloes | |||
KBO: 12 April, 2012, untuk Hanwha Eagles | |||
Penampilan terakhir | |||
MLB: 1 Oktober, 2010, untuk Pittsburgh Pirates | |||
NPB: 29 Mei, 2011, untuk Orix Buffaloes | |||
KBO: 3 Oktober, 2012, untuk Hanwha Eagles | |||
Statistik MLB | |||
Rekod menang-kalah | 124–98 | ||
Purata peroleh larian | 4.36 | ||
Strikeout | 1,715 | ||
Statistik NPB | |||
Rekod menang-kalah | 1–5 | ||
Purata peroleh larian | 4.29 | ||
Strikeout | 21 | ||
Statistik KBO | |||
Rekod menang-kalah | 5–10 | ||
Purata peroleh larian | 5.06 | ||
Strikeout | 68 | ||
Pasukan | |||
| |||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
Pingat |
Park Chan-ho | |
---|---|
Hangul | 박찬호 |
Hanja | 朴贊浩 |
Perumian Semakan | Bak Chanho |
McCune–Reischauer | Pak Ch'anho |
Park Chan-ho (Hangul: 박찬호 ; Hanja: 朴贊浩 ; sebutan bahasa Korea: [pɐk̚.tɕʰɐn.ɦo]; lahir 30 Jun 1973)[1] ialah bekas pemain besbol Korea Selatan yang beraksi sebagai pelempar. Park merupakan pemain kelahiran Korea Selatan pertama yang pernah beraksi di Major League Baseball. Beliau telah mewakili pasukan Los Angeles Dodgers, Texas Rangers, San Diego Padres, New York Mets, Philadelphia Phillies, New York Yankees dan Pittsburgh Pirates di Major League Baseball (MLB), Orix Buffaloes dari Nippon Professional Baseball (NPB) dan Hanwha Eagles di KBO League. Setakat tahun 2021, beliau masih memegang rekod pemenang aksi terbanyak oleh mana-mana pelempar Asia dalam sejarah MLB (124), meleburkan rekod Hideo Nomo pada tahun 2010.[2] [3] Ketika zaman beliau beraksi, Park memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci (188 cm) dan berat 210 paun (95 kg).[4]
Pada 23 April 1999, beliau menjadi satu-satunya pelempar dalam sejarah besbol yang membenarkan dua grand slam dalam satu inning yang sama kepada pemain yang sama, iaitu Fernando Tatís dari St. Louis Cardinals. Terdapat dua pelempar lagi dalam sejarah besbol yang membenarkan dua grand slam dalam perlawanan yang sama, iaitu Jack Morris dan Brandon Backe — tetapi ia berlaku kepada pemukul yang berbeza dan pada inning yang berbeza.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Park Chan-ho |