Parut hipertrofik

Parut hipertrofik
Parut hipertrofik (4 bulan setelah kemalangan)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parut hipertrofik ialah keadaan kulit yang dicirikan oleh kolagen yang menimbulkan parut.[1] Kadang-kadang juga, parut hipertrofik disertai dengan gejala seperti nyeri dan kegatalan.[2] Seperti parut keloid, tempat yang terbentuk paling kerap di tempat jerawat, tindikan badan, luka, luka bakar dan gigitan serangga.[3][4] Selalunya mengandungi saraf dan saluran darah. Parut ini biasanya berkembang selepas kecederaan termal atau traumatik yang melibatkan lapisan dalam dermis dan menunjukkan tahap tinggi TGF-β.[3][4]

Ketegangan mekanikal pada luka telah dikenal pasti sebagai penyebab utama pembentukan parut hipertrofik.[6]

Apabila luka normal sembuh, badan akan menghasilkan serat kolagen baharu pada kadar yang menyeimbangkan pemecahan kolagen yang lama. Parut hipertrofik berwarna merah atau merah jambu dan tebal dan mungkin menyebabkan kegatalan atau menyakitkan.[3][4] Parut hipertrofik ini tidak melampaui batas luka asal, tetapi boleh terus menebal sehingga enam bulan. Parut hipertrofik biasanya bertambah baik dalam satu atau dua tahun. Parut hipertrofik ini juga boleh mengehadkan pergerakan jika terletak berdekatan dengan sendi.

Adalah mustahil untuk mencegah parut hipertrofik sepenuhnya, jadi individu yang mempunyai sejarah haruslah memaklumkan kepada doktor atau pakar bedah, jika mereka memerlukan pembedahan.

Terapi parut, seperti bedah beku, dapat mempercepat proses perubahan dari parut hipertrofik menjadi parut yang lebih rata dan pucat.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Rapini, Ronald P.; Bolognia, Jean L.; Jorizzo, Joseph L. (2007). Dermatology: 2-Volume Set. St. Louis: Mosby. ISBN 978-1-4160-2999-1.
  2. ^ Lv K, Xia Z. Chinese expert consensus on clinical prevention and treatment of scar. Burns & Trauma. 2018;6:27-36. doi:10.1186/s41038-018-0129-9
  3. ^ a b c Ghazawi FM, Zargham R, et al. Insights into the pathophysiology of hypertrophic scars and keloids: how do they differ? Advances in Skin & Wound Care. 2018;31(1):582-95. doi:10.1097/01.ASW.0000527576.27489.0f
  4. ^ a b c Lee HJ, Jang YJ. Recent understandings of biology, prophylaxis and treatment strategies for hypertrophic scars and keloids. Int J Mol Sci. 2018;19:711-30. doi:10.3390/ijms19030711
  5. ^ Jeschke, Marc G.; Kamolz, Lars-Peter; Sjöberg, Folke; Wolf, Steven E. (23 August 2012). Acute Burn Care. Handbook of Burns. 1. Springer Science & Business Media. ISBN 978-3-7091-0348-7.
  6. ^ Yagmur C, Akaishi S, Ogawa R, Guneren E (August 2010). "Mechanical receptor-related mechanisms in scar management: A review and hypothesis". Plastic and Reconstructive Surgery. 126 (2): 426–34. doi:10.1097/PRS.0b013e3181df715d. PMID 20375759. cited in Acute Burn Care (2012) page 332.[5]
  7. ^ Zouboulis, C. C.; Blume, U.; Büttner, P.; Orfanos, C. E. (September 1993). "Outcomes of cryosurgery in keloids and hypertrophic scars. A prospective consecutive trial of case series". Archives of Dermatology. 129 (9): 1146–1151. ISSN 0003-987X. PMID 8363398.