Pasport Brunei ڤسڤورت بروني | |
---|---|
Jenis | Pasport |
Dikeluarkan oleh | Brunei — Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan |
Pertama kali dikeluarkan | 5 Mei 2008 (versi biometrik) |
Tujuan | Pengenalan |
Kelayakan | Warganegara Brunei |
Tempoh tamat | 5 tahun |
sunting · sunting di Wikidata |
Pasport Brunei ialah dokumen perjalanan yang dikeluarkan untuk pemegang kerakyatan Brunei oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Ia memberikan kebenaran kepada pemegangnya untuk membuat perjalanan antarabangsa. Sewaktu pentadbiran British di Brunei, pasport British digunakan.
Pasport Brunei sah untuk tempoh lima tahun dan pasport tersebut mestilah sah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh bagi membuat perjalanan antarabangsa.[1]
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengeluarkan tiga jenis pasport Brunei dengan tujuan yang berbeza seperti di bawah.[2] Sejak tahun 2008, kesemua pasport Brunei mengandungi ciri biometrik, di mana pasport tersebut mengandungi cip yang menyimpan imej wajah dan cap jari pemegangnya.[3]
Kategori | Warna kulit | Bayaran | Tempoh mansuh | Penerangan |
---|---|---|---|---|
Pasport biometrik | Merah | BN$60.00 | 5 tahun | Dikeluarkan kepada semua warganegara Brunei |
Pasport rasmi | Hitam | Percuma | Dikeluarkan kepada warganegara Brunei dengan sokongan daripada kementerian atau jabatan di Brunei dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Perdana Menteri. | |
Pasport diplomatik | Biru tua | Dikeluarkan kepada warganegara Brunei dengan sokongan dan kebenaran daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. |
Di kulit hadapan pasport, perlambangan lambang negara Brunei berada di tengah. Nama negara Brunei Darussalam dalam tulisan Jawi iaitu بروني دارالسلام dan tulisan Rumi iaitu "BRUNEI DARUSSALAM" (kesemuanya dalam huruf besar) dipaparkan di atas perlambangan, manakala perkataan "PASSPORT" terletak di bahagian bawah lambang dan simbol cip pasport biometrik () dipaparkan di bawahnya. Bagi pasport-pasport rasmi dan diplomatik, perkataan "PASSPORT" tersebut digantikan dengan "DIPLOMATIC PASSPORT" dan "OFFICIAL PASSPORT" (kesemuanya dalam huruf besar) masing-masing.
Halaman data dan maklumat dicetak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Di halaman data, terdapat maklumat berkaitan dengan pemegang pasport, di maklumat tersebut terdiri daripada gambar yang didigitalkan serta data pasport dan pemegang pasport:
Seperti kebanyakkan negara di dunia, pasport Brunei juga mempunyai catatan bagi mengenal pasti bahawa pembawa sebagai warganegara negara pengeluar, meminta pemegang itu dibenarkan masuk dan melalui negara lain, dan selanjutnya meminta, apabila perlu, diberikan bantuan selaras dengan norma antarabangsa. Catatan tersebut dipaparkan dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi dan bahasa Inggeris:
بهواسڽ اتس نام کباوە دولي يڠمها مليا ڤادک سري بݢندا سلطان دان يڠدڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام دمينتا سکلين يڠ برکناٴن سڤاي ممبنرکن ڤمباوا ڤسڤورت اين لالو دڠن بيبس دڠن تياد هلاڠن دان ممبري کڤداڽ اڤ٢ جوا ڤرتولوڠن دان ڤرليندوڠن يڠ ڤرلو.
Bahawasanya atas nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diminta sekalian yang berkenaan supaya membenarkan pembawa pasport ini lalu dengan bebas dengan tiada halangan dan memberi kepadanya apa-apa jua pertolongan dan perlindungan yang perlu.
These are to request and require in the name of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, all those whom it may concern to allow the bearer to pass freely without let or hindrance and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary.