Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Passang Tshering | ||
Tarikh lahir | 16 Julai 1983 | ||
Tempat lahir | Thimphu, Bhutan | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 8 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang/Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Thimphu City | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2008 | Transport United | ||
2009–2011 | Druk Star | ||
2011–2013 | Zimdra | ||
2013– | Thimphu City | ||
Pasukan kebangsaan | |||
2003– | Bhutan | 19 | (5) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Passang Tshering (lahir 16 Julai 1983) merupakan pemain bola sepak Bhutan. Passang bermain sebagai penyerang untuk Transport United, Druk Star dan Zimdra. Dia sekarang bermain untuk kelab Divisyen-A Bhutan, Thimphu City.
Pada tahun 2007, dia memenangi gelaran penjaring terbanyak Divisyen-A.[1] Pada 4 Ogos 2007, Passang Tshering boleh tercatat dalam sejarah bola sepak kerana tiga sebab: menjaringkan gol hatrik dalam tiga minit, menjaringkan sembilan gol dalam separuh masa kedua (45 minit), dan menjaringkan gol paling banyak dalam satu perlawanan, 17. “Saya tidak menjangka akan menjaringkan 17 gol", Passang Tshering berkata kepada Kuensel. "Tetapi tiada sebab untuk saya raikan atau berasa bangga kerana kami bermain menentang pasukan lemah.” Bertanya jika rekod Passang Tshering akan diiktiraf, penyelaras Dinesh Chhetri berkata ia cuma liga kebangsaan dan akan susah untuk badan bola sepak rantau atau antarabangsa untuk mengiktirafnya. “walaupun rakan sepasukan merancangnya untuk menjaringkan gol untuk menjadikannya penjaring gol tertinggi”, kata Dinesh.
Passang merupakan ahli pasukan kebangsaan Bhutan.
# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | 23 April 2003 | Stadium Changlimithang, Thimphu, Bhutan | Guam | 6–0 | Menang | Kelayakan Piala Asia 2004 | |||||
2. | 13 Mei 2008 | Barotac Nuevo Plaza Field, Iloilo City, Filipina | Tajikistan | 1–3 | Kalah | Kelayakan Piala Cabaran AFC 2008 | |||||
3. | 29 November 2009 | Kolkata, India | Nepal | 1–2 | Kalah | Persahabatan | |||||
4. | 4 September 2013 | Stadium Dasarath, Kathmandu, Nepal | Maldives | 2–8 | Kalah | Kejohanan SAFF 2013 | |||||
5. | 6 September 2013 | Stadium Halchowk, Kathmandu, Nepal | Sri Lanka | 2–5 | Kalah | Kejohanan SAFF 2013 | |||||
Betul sehingga 15 November 2013[2][3][4][5] |