Pasukan Khas Laut (PASKAL) | |
---|---|
![]() Lambang rasmi PASKAL | |
Aktif | 1 Oktober 1982 - Sekarang (42 tahun) |
Negara | Malaysia |
Cawangan | ![]() |
Jenis | Pasukan Elit / Pasukan Operasi Khusus Malaysia |
Peranan | Operasi Khas Laut, Darat & Udara , Pasukan Anti-pengganas. |
Saiz | Sulit |
Sebahagian daripada | ![]() |
Pangkalan | Pangkalan TLDM Lumut, Perak |
Nama samaran | KD PANGLIMA HITAM-Unit 1 PASKAL dan KD SRI SEMPORNA-Unit 2 PASKAL[1] |
Moto | Sentiasa Yang Terbaik |
Warna | Warna Ungu ( beret ) |
Pertempuran | Kepulauan Spratlys UNIVEM II 1998, Angola MALCON - UNIFIL, Lubnan [[Operasi Fajar 8: Teluk Aden|Operasi Fajar 9] Op DAULAT, Op PASIR, Op Terumbu |
Komander | |
Komander terkini | Laksamana Pertama Anuar Bin Alias, PGB[2] |
Tanda kebesaran | |
Lencana Trimedia PASKAL | ![]() |
Pasukan Khas Laut (Jawi: ڤاسوكن خاص لاوت) atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai antara 3 pasukan elit terbaik di Malaysia (Grup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut, Pasukan Khas Udara) kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden di bawah Angkatan Tentera Malaysia ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.
Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut. Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke Portsmouth, United Kingdom di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Coronado, Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.[1][3][4]
Bersama dengan anggota-anggota US Navy SEALs yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa. Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.[5]
Pada tanggal 15 April 2009,PASKAL telah ditauliahkan sebagai KD PANGLIMA HITAM Hitam. Majlis bersejarah penamaan dan pentauliahan tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Pemilihan nama diilham dan diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, bertepatan dengan ciri dimiliki PASKAL, iaitu pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan menjadi aset kepada TLDM dan negara. Pentauliahan itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah pengiktirafan tertinggi kepada Paskal yang sudah menabur banyak jasa dalam menjaga kedaulatan perairan negara.[1]
Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.
Sebahagian daripada pengawal peribadi SPB YDA adalah terdiri dari anggota PASKAL yang telah menjalani latihan di USA.
Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :
PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.
Persenjataan khusus merupakan isu penting dalam pasukan elit dalam menjalankan beberapa operasi-operasi khas. Dalam menjaga lebih 50+ pelantar minyak syarikat dengan aset yang paling berharga di perairan Malaysia, kelengkapan PASKAL meliputi kemajuan dan kecanggihan peralatan khusus dalam inventori pasukan keselamatan. Kini, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan yang jauh lebih ringan dan moden serta kelengkapan khusus seperti alat pandang malam, bot taktikal, motor selam mini, pejera laser bagi senjata raifal dan karbin. Dibawah adalah senarai persenjataan khas PASKAL.
Data Senjata Ringan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | Submesingan | Raifal / Karbin | Anti Material | Penembak Tepat | Mesingan |
Glock 17 | Mossberg 500 | FN P90 PDW | AK 102 | Robar RC-50 | AI - AWM | CETME Ameli |
Glock 18 | Remington M870 | HK MP5A51 | Colt M4 | HK MSG-90 | FN Minimi | |
Glock 19 | Remington M1100 | HK MP5SD6 | Colt M16A1 | M14 DMR | M60A2. | |
HK MP5K-A4 PDW | HK 416 | |||||
HK MP7A1-PDW | HK G36KE | |||||
HK UMP .45 | HK G36C | |||||
HK XM8 |
1Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland. B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ia boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.
PASKAL sememangnya mempunyai latihan khas yang terbaik sesuai dengan mottonya Sentiasa Terbaik, kelengkapan yang canggih dan unit sokongan khas dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia. Penggunaan karbin ringan Heckler & Koch HK416 buatan Jerman yang lengkap dengan sistem sokongan tempur telah dilihat sebagai contoh utama dimana unit ini setanding atau lebih baik daripada US Navy SEALs.
Nama | Tahun | Penerangan |
---|---|---|
Laksamana Pertama Dr. Haji Sutarji bin Kasmin | 1975-2003 | Menjadi Komander PASKAL yang paling lama dan bersara pada tahun 2003 |
Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin bin Othman | 2003-2015 |
|dead-url=
(bantuan)
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pasukan Khas Laut |