Pegawai udara (air officer) ialah kumpulan pegawai kanan tentera udara yang berpangkat Komodor Udara ke atas.[1] Pegawai sedemikian boleh di panggil "pegawai tinggi udara".[2] Walaupun istilah itu berasal dari Royal Air Force, pegawai udara juga boleh didapati di banyak negara Komanwel yang mempunyai struktur pangkat yang sama dengan RAF.[perlu rujukan]
Air officer yang memegang lantikan pemerintah menerima gelaran Air Officer Commanding atau AOC (Panglima Udara), manakala air officer memegang jawatan Commander-in-Chief bergelar Air Officer Commanding-in-Chief atau AOC-in-C (Panglima Udara Tertinggi). [perlu rujukan]
Di dalam Angkatan Tentera British, dimana istilah itu berasal, seorang air officer adalah setaraf dengan pegawai berbendera (flag officer) dan pegawai jeneral (general officer) masing-masing dalam Tentera Laut Diraja dan Tentera Darat. Secara khusus, tatkala Tentera Darat menggunakan gelaran General Officer Commanding (GOC) atau "Panglima", Tentera Udara menggunakan Air Officer Commanding (AOC) atau "Panglima Udara" untuk menggelarkan pegawai kanan dalam sesebuah formasi.[3]
Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa didalam Angkatan Tentera British, komodor udara diletakkan dalam kumpulan pangkat pegawai udara,[4] manakala rakan sepangkat (komodor) Royal Navy tidak dianggap sebagai pegawai berbendera, begitu juga rakan (brigedier) Tentera Darat British atau Marin Diraja tidak dianggap pegawai jeneral. Pada tahun 1919 apabila RAF memperkenalkan pangkat pegawai udaranya sendiri, RAF sebelumnya dan pangkat tentera darat setara ialah Brigedier Jeneral, yang merupakan pangkat pegawai jeneral sehingga pemansuhannya pada tahun 1922. Di beberapa negara lain — terutamanya angkatan tentera Amerika Syarikat — pegawai satu bintang Tentera Darat, Tentera Udara dan Kor Marin dianggap sebagai pegawai jeneral, dan pegawai satu bintang Tentera Laut dan Pengawal Pantai dianggap sebagai pegawai berbendera.[perlu rujukan]
Terdapat beberapa lantikan pemerintahan pegawai udara. Selain itu RAF mengekalkan dua lantikan pegawai udara dalam negeri. Mereka adalah Pegawai Udara Scotland[5] dan Pegawai Udara bagi Wales.[6]
Pada majlis istiadat, ramai pegawai udara RAF berhak memakai papan bahu berhias dan selempang biru dan emas. Ini terpakai pada semua pegawai berpangkat marsyal madya udara ke atas dan penyandang jawatan komodor udara berikut:
Kecuali Marsyal RAF, papan bahu berhias menampilkan lambang helang emas pegawai udara dalam kalungan bunga emas yang terletak dibawah jata singa berjalan. Bagi Marsyal RAF, papan bahu berhias memaparkan helang dan kalungan pegawai udara, dua baton marsyal bersilang dan, sejak pemerintahan Ratu Elizabeth II, di atasnya terdapat Mahkota St Edward sebagai simbol kuasa Baginda Ratu.[7] Sebelum tahun 1953, Mahkota Tudor (kadangkala dipanggil Mahkota Raja) telah digunakan.
Pangkat pegawai udara adalah seperti berikut:
Marsyal Tentera Udara Diraja |
Ketua Marsyal Udara |
Marsyal Udara |
Marsyal Madya Udara |
Komodor Udara |
Istilah pegawai udara kini digunakan oleh tentera udara berikut::